Gambar hiasan. SUMBER Google
Di Jakarta, empat suspek diberkas kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih di bawah umur.
Menerusi laporan Kompas.Com, kesemua suspek tersebut berusia antara 11 hingga 13 tahun dan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Cipayung, Jakarta Timur.
Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Wibowo berkata, keempat-empat suspek akan dimasukkan ke pusat pemulihan tersebut selama enam bulan.
Gambar hiasan. SUMBER Google
"Sehingga kini, keempat-empat suspek itu masih dalam tahanan reman dan mereka tidak akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sehingga selesai proses pemulihan.
"Sebab utama mengapa mereka tidak dihantar pulang kerana keadaan keluarga masing-masing tidak berada dalam keadaan yang baik.
"Kesemua suspek bawah umur itu berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.
Selain itu, keempat-empat suspek juga dilaporkan sudah lama berhenti sekolah.
Sumber Kompas.Com
Kes tersebut bermula apabila kesemua suspek didakwa mengenali mangsa merogolnya di sebuah taman ketika berjalan pulang ke rumah.
Polis memaklumkan, seorang daripada suspek pernah menaruh perasaan pada mangsa namun tidak dilayan menyebabkan mereka nekad untuk merogolnya. - CARI
|