Gara-gara cuba memasuki kereta yang salah, pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat ditembak mati awal Sabtu lalu.
NBC News pada Isnin melaporkan, ketika kejadian, Carson Senfield baru turun dari sebuah kenderaan Uber untuk pulang ke rumahnya sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan). Polis berkata, pelajar Universiti Tampa tersebut selepas itu cuba memasuki sebuah kereta lain yang diparkir di kawasan berhampiran. Seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu ketika itu, lapor stesen penyiaran Fox 13. Pemandu kereta yang dikatakan bimbang dengan keselamatan dirinya serta tidak mengetahui mengapa Senfield cuba masuk ke dalam keretanya, bertindak menembak mangsa pada bahagian atas badan.
Mangsa disahkan mati di tempat kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan), kata polis, manakala penembak berkenaan kekal berada di lokasi kejadian dan memberikan kerjasama kepada detektif. “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar berkenaan serta semua yang terlibat dalam insiden ini. “Pihak universiti menghargai semua masyarakat setempat dan turut berduka atas kehilangan tragis ini,” kata Universiti Tampa dalam satu kenyataan. Siasatan masih berlangsung dan sebarang dakwaan yang mungkin diambil akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara, kata polis. Sumber: Kosmo
|
Artemesiaa replied at 21-9-2022 05:52 PM
Bahaya bila semua bebas ada senjata api
ADVERTISEMENT