Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya secara membabi buta sehingga mangsa mengalami cedera parah, lapor Suara.com.
Rakaman kejadian yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri itu dikatakan berlaku di Desa Dagang Kerawan, wilayah Sumatera Utara. Seorang lelaki dilihat berulang kali memukul seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam selepas mangsa terjatuh daripada sebuah motosikal. Kejadian itu berlaku pada waktu siang dengan banyak kenderaan dilihat lalu lalang di lokasi berkenaan.
Sebilangan penduduk didengari menjerit ketika mangsa diserang. Ketika mereka cuba menghampiri kawasan itu, pelaku melarikan diri ke tengah sawah. Suspek dikatakan bernama Sumartono, manakala mangsa ialah Dewi Dahliana dan berusia 50 tahun. Mangsa diserang lelaki berkenaan ketika hendak pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal selepas selesai membeli barang keperluan. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT