View: 1059|Reply: 3
|
Lelaki Selamba Tetak Isteri Tepi Jalan Depan Kenderaan Lalu-lalang
[Copy link]
|
|
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya secara membabi buta sehingga mangsa mengalami cedera parah, lapor Suara.com.
Rakaman kejadian yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri itu dikatakan berlaku di Desa Dagang Kerawan, wilayah Sumatera Utara.
 IG
Seorang lelaki dilihat berulang kali memukul seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam selepas mangsa terjatuh daripada sebuah motosikal.
Kejadian itu berlaku pada waktu siang dengan banyak kenderaan dilihat lalu lalang di lokasi berkenaan.
Sebilangan penduduk didengari menjerit ketika mangsa diserang. Ketika mereka cuba menghampiri kawasan itu, pelaku melarikan diri ke tengah sawah.
Suspek dikatakan bernama Sumartono, manakala mangsa ialah Dewi Dahliana dan berusia 50 tahun.
Mangsa diserang lelaki berkenaan ketika hendak pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal selepas selesai membeli barang keperluan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Orang mental je berani berbuat macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
aih la berita seberang lagi.. masuk isu semasa kat forum Malaysia
ada function block/ mute user dak? gituuu punya la aku nak pangkah reporter reput |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat kat msia...
klu msia agak sbb dadah je |
|
|
|
|
|
|
| |
|