Penyanyi dan pelakon Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang.
Menurut laporan Celebrity, ketika kejadian itu Gaga hampir membuat persembahan akhir dan kilat menyambar lokasi di Stadium Hard Rock Miami. Penyanyi itu terpaksa menghentikan persembahan di hadapan 65,000 penonton dan menasihati mereka untuk bergerak ke kawasan yang lebih selamat. Meskipun pasukannya berharap cuaca buruk itu cepat reda, namun atas nasihat konsert tersebut terpaksa ditamatkan
Persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas dilanda ribut kencang. Sementara itu, Gaga membuat permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan akibat daripada cuaca buruk. "Saya minta maaf tidak dapat menghabiskan persembahan kerana ia terlalu bahaya. "Kilat sabung menyabung dan nampaknya seperti tidak reda. "Walaupun selama ini ada yang memanggil saya 'Mother Monster', tetapi jauh di sudut hati, saya ingin pastikan anda semua selamat," tulisnya di Instagram. Gaga turut menangis menerusi video yang dimuat naik di instagramnya.
|
Omai replied at 20-9-2022 03:57 PM
vuruksnyeee beliau dari dekat
ADVERTISEMENT