CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tolong Jangan Makan Duit Haram!"- Syed Ali Bengang Ditipu Penganjur, Duit Tak Dibayar

20-9-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1917| Komen: 8

Syed Ali, 37, mendedahkan dirinya ditipu oleh penganjur sebuah karnival.

Menurut Ali atau Syed Ali Tar Mohd, namanya telah digunakan oleh penganjur untuk mengaut keuntungan.


Foto: IG

"Saya suka berniaga. Saya suka melibatkan diri dengan karnival usahawan bersama selebriti Malaysia.

"Saya menjalin kerjasama dengan seorang penganjur ini untuk melahirkan satu karnival tetapi saya dikecewakan.



"Modal sudah dikeluarkan, kononnya nak bahagi dua, tapi hasilnya tiada. Nama, tenaga kerja saya bersama kawan dan pekerja sudah digunakan tetapi tidak dibayar.

"Saya sudah mohon nasihat pihak atasan dan mereka minta saya untuk membuat laporan polis tapi saya masih lagi bersabar.



"Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan agak lama. Saya tak mahu sebut nama dia. Allah Maha Kaya, tolong jangan makan duit haram.

"Kalau nak buat sesuatu, kena berbincang dengan telus, jangan mempergunakan artis dan orang lain," katanya menerusi temu bual program Melodi TV3.



Jika isu ini berlarutan, pelakon drama bersiri Duda Terlajak Laris ini akan mengambil tindakan sendiri sekiranya masih tiada maklum balas dari pihak yang dimaksudkan.

"Saya masih memberi peluang kepada penganjur untuk selesaikan apa yang patut. Jika tiada apa-apa tindakan, saya akan ambil tindakan saya sendirilah.



"Saya boleh tulis macam-macam di media sosial tapi itu bukan cara saya. Saya ada cara sendiri untuk menyelesaikan masalah.

"Buat masa ini saya bersabar, bagi saya selesaikan perkara yang patut dahulu supaya perkara ini tidak mengganggu fikiran saya," katanya lagi. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakspek 20-9-2022 11:28 AM
kesian.........
Quote meah_kelabu 20-9-2022 12:57 PM
tgk dia teringat kak senduk
tiberr
Quote melinda_kerr 20-9-2022 12:59 PM
meah_kelabu replied at 20-9-2022 12:57 PM
tgk dia teringat kak senduk
tiberr

samalah...teringat jugak kak senduk.. manala heshe menghilang. rindu blog sheols yg vasss tu.
Quote nakkomenjugak 20-9-2022 01:15 PM
sis senduk pernah bersekedudukan dengan heol
jangan nak pikir buruk yachhhh awassssssss
deme pernah jadik housemates
Quote rosedemon 20-9-2022 06:40 PM
hampir xkenal dengan aretiss ini
Quote dudaberhias 21-9-2022 12:24 AM
Edited by dudaberhias at 21-9-2022 12:26 AM
melinda_kerr replied at 20-9-2022 12:59 PM
samalah...teringat jugak kak senduk.. manala heshe menghilang. rindu blog sheols yg vasss tu.

kak senduk ada je lagi... heshe dah menjelma jadi takahara suiko... agittew kaka nak pitenah sebab muka sejibik sejibun

btw heshe dah tak memondan dah sekarang ni... dah dress up sebagai lelaki walaupun lembut... semoga istiqomah agittuhhh... jangan istiqomah dengan bertudung sudah macam bamjat...
Quote BanyuBiru 21-9-2022 01:08 AM
Kesian retis2 suam2 kuku balik2 modal ditipu organizer ko sama je dgn mak hayam Roslan SG tu ahhahaa
Quote ibu_haritz 21-9-2022 09:56 AM
cite kak senduk ni mmg menceriakan hari ku

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.112624 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top