Pelakon, Sweet Qismina, 24, mendedahkan hari pernikahannya dengan aktor, Adam Lee bakal berlangsung tidak lama lagi.
Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Farhana Qismina Supandi itu berkata, 'hint' tarikh pernikahan mereka sudah pun diberikan sejak berlangsungnya majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.
"Sebenarnya, daripada majlis pertunangan lagi kami sudah memberi hint bakal mengikat ikatan itu dalam masa setahun.
"Jadi, apa yang boleh saya cakap, insya-Allah majlis pernikahan kami akan berlangsung tidak lama lagi," katanya.
Walaupun tarikh pernikahan sudah ditetapkan namun kata Sweet, dia dan Adam hanya akan mengumumkan perkara tersebut secara rasmi sebulan atau beberapa minggu sebelum majlis.
"Tarikh semua sudah ada. Insya-Allah dalam masa terdekat ini atau mungkin sebulan atau beberapa minggu sebelum, memang kami akan umumkan kepada peminat.
"Sejujurnya kami sebenarnya dah beritahu tahun lepas sewaktu majlis pertunangan, memang tarikh yang sama selepas setahun.
"Tapi, tidak dinafikan dalam masa setahun macam-macam boleh terjadi. Mungkin juga orang dah lupa. Siapa yang ingat bila kami bertunang mungkin mereka dah boleh agak tarikh pernikahan kami akan berlangsung," kata aktres itu.
Mengakui gementar berdepan dugaan, Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti.
Terdahulu, pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
eee dah basi dah pun... semoga urusan di permudahkan agittuhhh...
suruh bakal somi kaler rambut hitam balik... dah macam orang asli... tak naik seri pengantin nanti... nampak macam apa je... dedua herlokkk harus lah di helokkkan balik.... bukannya di kepamkan lagi...
"Mengakui gementar berdepan dugaan, Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti."