CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berenang, Menyelam, Dengar Muzik Kuat Punca Pendengaran Ella Rosak

15-9-2022 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2858| Komen: 15

Aktiviti berenang dan menyelam yang digemari selama ini, tanpa disedari memberikan kesan kepada pendengaran Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin.


Ella, 56, menjelaskan beliau mengalami ketidakseimbangan pendengaran sejak beberapa tahun lalu, berikutan kerap terdedah kepada tekanan dalam air ketika berenang, selain sering terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.

Foto: IG

“Saya sebenarnya memang suka berenang dan menyelam. Aktiviti itu saya lakukan setiap hari tanpa perlindungan pada bahagian telinga ketika berada di dalam air. 

Pendedahan kepada bunyi kuat pula sejak berusia 16 tahun lagi menyebabkan pendengaran saya tidak seimbang.




“Menyedari masalah yang saya hadapi, saya ingin mencuba sendiri menggunakan alat bantu pendengaran dan rasa ‘best’. Pendengaran saya lebih jelas serta seimbang kiri dan kanan telinga. Sebelum ini, pendengaran di telinga kiri saya lebih baik berbanding kanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ella yang sedang membuat persiapan untuk menganjurkan konsert jelajah negara tidak lama lagi, berkata akan lebih peka dengan kesihatan pendengaran beliau selepas ini, termasuk menggunakan alat perlindungan telinga bagi menghindar bunyi yang kuat serta ketika berenang.



Beliau sebelum itu ditemui pada majlis saringan pendengaran bersama ‘bintang’ anjuran Global Hearing Care Centre, baru-baru ini. 

Majlis berkenaan bertujuan memberikan pendedahan mengenai kesihatan pendengaran kepada golongan penyanyi dan pengiat seni yang terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.



Pada majlis itu, penyanyi dan pengiat seni berpeluang menjalani ujian pendengaran bagi mengesan sebarang masalah pendengaran yang dialami. Antara penyanyi lain yang hadir, Zee Avi, Jaclyn Victor dan Dinar Nazir. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 15-9-2022 04:23 PM
Dedulu akak aku slalu komplen, dari umo akak aku 19 tahun sampai dia umo 40 tahun, Ella tetap memyambut hari jadi ke 28 tahun, every fringging year. You rock Ella!
Quote rosedemon 15-9-2022 05:28 PM
sian ella. takpe redhoo jela u dah tua sis
Quote HappyGumbira 15-9-2022 06:28 PM
yg penting suara sedap wpun umo dh nak 60an, tak de alasan sumbang mambang wpun  dh xsedasyat masa muda dulu
Quote blackpaper 15-9-2022 07:51 PM
tetap best, cuma tak kenan dgn pp dia yg kembung tu
Quote whadda 15-9-2022 08:49 PM
Semakin ramai retis menuju kehilangan pendengaran ni.. ape pon salute kat sore dia.. tua2 pon maintain
Quote alesandra 15-9-2022 08:56 PM
HappyGumbira replied at 15-9-2022 06:28 PM
yg penting suara sedap wpun umo dh nak 60an, tak de alasan sumbang mambang wpun  dh xsedasyat masa m ...

tapi klau  ada masalah pendengaran,tak boleh mendengar dgn baik ...tendency nak sumbang mambang tu sgt  besar
Quote asamfish 15-9-2022 10:00 PM
suara tetap mantap!  suka tgk Ella buat show dengan bbdk sekolah seni...suara power...
Quote alieyrina 15-9-2022 11:19 PM
badan susah nk balance kalau x dgr sebelah. Aku serik kena 2x
Quote Kebabomb 15-9-2022 11:25 PM
Tetiba ramai plak Artis pekak … musim agaknya
Quote ashilalat 15-9-2022 11:39 PM
Baru baca zee avi pekak, ni ella pulak. Tu jac tu pon pegi check, jangan pekak dlu sebelom GV9. Kang sia² je terkeluar awal.
Quote pearl.silver 15-9-2022 11:48 PM
Enjoy sgt tgk show acik ella kt konsert faztival tu dlm utube.. ckp ngn toklaki klu ella ada wat konsert iols nk pi.. lol

Btw aritu tgk movie ella berlakon masa muda.. lawa samgat.. bdn petite je dgn rambut panjang lepas x rebonding tu
Quote Perawankota 16-9-2022 02:49 AM
Gambar dia dgn laki dia tuu, nmpk mcm laki dia lak yg lagi tua Dr ella
Quote supernaturalee 16-9-2022 05:22 AM
Perawankota replied at 16-9-2022 02:49 AM
Gambar dia dgn laki dia tuu, nmpk mcm laki dia lak yg lagi tua Dr ella

Rsnya belum 40 lg tu
Ke dah
But ya heols nmpk kertu


Quote stingerbumpy 16-9-2022 08:04 AM
supernaturalee replied at 16-9-2022 05:22 AM
Rsnya belum 40 lg tu
Ke dah
But ya heols nmpk kertu

[youtube]sRqY1nfcA8k[/youtube]

Asal belum sampai tahap ini...bersyukurler





Quote redz85 16-9-2022 01:10 PM
dah tua sebenar nya,, kalau ada anak, dah ada cucu berderet

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066945 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top