Aktiviti berenang dan menyelam yang digemari selama ini, tanpa disedari memberikan kesan kepada pendengaran Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin.
Ella, 56, menjelaskan beliau mengalami ketidakseimbangan pendengaran sejak beberapa tahun lalu, berikutan kerap terdedah kepada tekanan dalam air ketika berenang, selain sering terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.
Foto: IG
“Saya sebenarnya memang suka berenang dan menyelam. Aktiviti itu saya lakukan setiap hari tanpa perlindungan pada bahagian telinga ketika berada di dalam air.
Pendedahan kepada bunyi kuat pula sejak berusia 16 tahun lagi menyebabkan pendengaran saya tidak seimbang.
“Menyedari masalah yang saya hadapi, saya ingin mencuba sendiri menggunakan alat bantu pendengaran dan rasa ‘best’. Pendengaran saya lebih jelas serta seimbang kiri dan kanan telinga. Sebelum ini, pendengaran di telinga kiri saya lebih baik berbanding kanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ella yang sedang membuat persiapan untuk menganjurkan konsert jelajah negara tidak lama lagi, berkata akan lebih peka dengan kesihatan pendengaran beliau selepas ini, termasuk menggunakan alat perlindungan telinga bagi menghindar bunyi yang kuat serta ketika berenang.
Beliau sebelum itu ditemui pada majlis saringan pendengaran bersama ‘bintang’ anjuran Global Hearing Care Centre, baru-baru ini.
Majlis berkenaan bertujuan memberikan pendedahan mengenai kesihatan pendengaran kepada golongan penyanyi dan pengiat seni yang terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.
Pada majlis itu, penyanyi dan pengiat seni berpeluang menjalani ujian pendengaran bagi mengesan sebarang masalah pendengaran yang dialami. Antara penyanyi lain yang hadir, Zee Avi, Jaclyn Victor dan Dinar Nazir. -CARI
Post time 15-9-2022 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dedulu akak aku slalu komplen, dari umo akak aku 19 tahun sampai dia umo 40 tahun, Ella tetap memyambut hari jadi ke 28 tahun, every fringging year. You rock Ella!