Shah Rukh Khan mendedahkan pernah hampir menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan gengster terkenal India, Abu Salem, namun dilepaskan kerana sikapnya yang dilihat terlalu baik.
Ujar aktor berusia 56 tahun itu, dia dihubungi Abu Salem yang mengancam untuk membunuhnya gara-gara menolak tawaran lakonan sebuah filem. “Produser filem tersebut merupakan kenalan kepada Abu Salem. Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana sedang menjalani penggambaran Dil To Pagal Hai,” kata Shah Rukh Khan. Gara-gara itu, Abu Salem yang juga merupakan individu bertanggungjawab menembak pelakon Bulshan Kumar tidak menyukai Shah Rukh Khan dan mengancam untuk membunuhnya.
Bagaimanapun, hasrat Abu Salem tidak kesampaian selepas dia ‘membuang’ nama pelakon itu daripada senarai untuk dibunuh kerana kebaikan, kejujuran dan komitmen pelakon itu dalam pekerjaan yang dicintai.-CARI Sumber: Kosmo
|
Perawankota replied at 13-9-2022 03:19 PM
Betul ke SRK ni baik Sgt? Actually, industry bollywood ni, sapa sebenarnya artis kesayangan dorg eh? ...
Perawankota replied at 13-9-2022 03:19 PM
Betul ke SRK ni baik Sgt? Actually, industry bollywood ni, sapa sebenarnya artis kesayangan dorg eh? ...
kedekek replied at 13-9-2022 08:44 PM
Amitabh bachan.my hsbnd pnh lalu dpn umh amitabh bachan,penuh dgn peminat dia mcm knduri ramai org.n ...
Page88 replied at 20-9-2022 02:08 PM
SRK is considered a sweetheart by many in India. Most gangsters hate Salman Khan more than they hate ...
Zaien replied at 23-9-2022 05:35 PM
sbb salman pun ganster jugak ke??
Page88 replied at 23-9-2022 11:05 PM
Yes. Salman Khan is very much feared in India. Salman Khan has connections with Mumbai Mafia (Clos ...
ADVERTISEMENT