CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Terkenal Ditahan Polis Langgan Pelacur Berulang Kali

14-9-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4178| Komen: 28

Description: Seorang bintang terkenal dari China, Li Yifeng ditahan pihak berkuasa kerana didakwa melanggan pelacur berulang kali.Media tempatan melaporkan bintang berusia 35 tahun itu telah ditahan pihak polis di ...
Seorang bintang terkenal dari China, Li Yifeng ditahan pihak berkuasa kerana didakwa melanggan pelacur berulang kali.

Media tempatan melaporkan bintang berusia 35 tahun itu telah ditahan pihak polis di Beijing dan mengakui kesalahannya.

Melanggan pelacur adalah satu kesalahan di negara itu dan boleh membawa kepada hukuman penjara.


Global Times

Li, yang terkenal menerusi wataknya sebagai ketua komunis, Mao Zedong dalam filem yang diterbitkan pada 2021 itu juga telah digugurkan dari menjadi wajah atau duta beberapa produk besar yang diwakilinya termasuk Prada.


Malah klip video miliknya ditarik dari tayangan dan beberapa projek besar juga menggugurkan namanya sebagai salah seorang pelakon.

Mengikut fakta kes, Li pertama kali dikesan mengunjungi rumah pelacuran pada 19 Ogos lalu. Namun pihak agensi menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanya gosip.

Namun, pihak polis menyanggah penafian tersebut dengan memberi bukti aktor itu telah ditahan pada 11 September lalu kerana menggunakan khidmat pelacur buat beberapa kali. Dia juga dipercayai telah ditahan selama 14 hari.

Dikenali juga sebagai Evan Li, aktor ini memiliki lebih 60 juta pengikut di beberapa platform media sosial termasuk Twitter dan Sina Weibo.

Dia pertama kali mencuri perhatian peminat selepas menyertai sebuah pertandingan pada tahun 2007.

Ramai peminat yang melahirkan rasa kesal dan menyifatkan kes yang terjadi kepada bintang kesayangan mereka ini sebagai sesuatu yang memalukan.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 14-9-2022 03:08 PM
Yang penting bukan Xiao Zhan dan Yibo kesayangan macik
Quote pinggan 14-9-2022 03:34 PM
Kesian. Sbb xde awek kena la bayar utk seggs.
Quote ifanonline 14-9-2022 03:39 PM
punya la ramai wanita di china tu..ko pi langgan pelacur buat ape...
Quote wikedsaikel 14-9-2022 03:41 PM
ifanonline replied at 14-9-2022 03:39 PM
punya la ramai wanita di china tu..ko pi langgan pelacur buat ape...

Maybe can do extra kinky stuff maaaa. Normal girls will report pulis if you do things they don wann
Quote greantea 14-9-2022 03:43 PM
punye la ensem, kalo ayat sikit mesti ada rela serah diri. ni g langgan pelacur.
Quote dekmieDandy 14-9-2022 03:45 PM
hensemnye Li Yifeng ni, first time tahu dia pun waktu couple dengan retis Korea tu, lupa dah nama apa

kenapa dia je kena tahan, brothel tu lepas pulak yer
Quote helicornia 14-9-2022 04:17 PM
Elok la cikcur dr rogol org
Quote tikusmontok 14-9-2022 04:24 PM
Ayam2 ipoh mali tatak sombong tersenyum sinis
Quote Nuyak 14-9-2022 04:29 PM
tak tau plak satu kesalahan..dah kalau gitu buat apa ada rumah pelacuran...
Quote Nuyak 14-9-2022 04:29 PM
tak tau plak satu kesalahan..dah kalau gitu buat apa ada rumah pelacuran...
Quote Perawankota 14-9-2022 04:29 PM
Handsome mcmtu blh dpt free carik scandal, knp ayam jugak yg dia carik? Aku klu tau someone tu pernah main ayam, mesti aku geli tgk org tu..
Quote scorpionkiki 14-9-2022 04:33 PM
she replied at 14-9-2022 03:08 PM
Yang penting bukan Xiao Zhan dan Yibo kesayangan macik

Betul2 Achik...xiao zhan oooo xiao zhan
Quote _blackbird 14-9-2022 04:50 PM
while di sini, lebai kantoi sexual assault masih bebas ke sana ke sini dengan senang hati
Quote she 14-9-2022 05:51 PM
scorpionkiki replied at 14-9-2022 04:33 PM
Betul2 Achik...xiao zhan oooo xiao zhan

Helok sungguh dia
Tetambah bila dia senyum tulang pipi dia ke atas
Gigi rabbit
Quote TeropongThaico 14-9-2022 06:40 PM
Owh... Patut la pakat2 ramai dtg media buka business dkt sini. Dkt sana susah cari mkn rupanya. Ingatkan deols open bab yinnih
Quote TeropongThaico 14-9-2022 06:42 PM
Hok aloh... Typo ler pulak....
Mesia jd media. Haru tol
Quote edayildiz 14-9-2022 06:47 PM
sygnyaa muka herlok..cari la skendel..pros jgk yg dia nakkk...
Quote KIM.K 14-9-2022 06:52 PM
Supplier prostitution ring
Quote scorpionkiki 14-9-2022 08:34 PM
she replied at 14-9-2022 05:51 PM
Helok sungguh dia
Tetambah bila dia senyum tulang pipi dia ke atas
Gigi rabbit

Aha kejadian dia elok...perangai pun helok. I tak pernahnya terkesima dgn artis...first time terkesima pulak dgn xiao zhan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.051774 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top