CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dafi Bersyukur Jadi Anak PM-"Orang Nak Bagi Layanan Istimewa Saya Terima Sahaja"

12-9-2022 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1934| Komen: 17

Dafi menafikan dakwaan pemilihannya sebagai salah seorang pelakon didalam filem Malbatt Misi Bakara adalah untuk memanfaatkan statusnya sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Menurut Dafi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai hubungan baik bersama pengarah, Adrian Teh sejak berkerjasama menerusi filem Ada Hantu.

Foto: IG

“Adrian sebelum ini pernah menghasilkan filem Paskal. Jadi, dia memang sudah ada hubungan yang baik dengan tentera Malaysia. Ini bukan fasal ambil kesempatan.

“Saya ditawarkan watak ini sebab saya pernah bekerja dengan Adrian untuk filem Ada Hantu. Itu merupakan projek pertama saya dengan Adrian.


“Hubungan kerjasama itu memang sudah lama wujud. Mungkin dia melihat saya sesuai denagn watak ini dan boleh memberikan komitmen penuh. Sebab itu dia panggil saya lagi,” katanya kepada Media Hiburan.



Bagaimanapun, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-5 ini mendedahkan dia tidak boleh menolak sekiranya ada pihak yang ingin memberikan layanan istimewa terhadap dirinya.

“Saya harap orang tak salah anggap apa yang ingin saya perkatakan ini. Saya tak pernah rasa yang saya ini punyai apa-apa keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri.

“Namun, kalau ada pihak yang ingin memberikan peluang atau layanan istimewa tanpa saya minta, saya akan terima sahaja. Saya tak patut nafikan perkara itu sebaliknya saya harus bersyukur.

“Terima kasih kepada ayah saya kerana bekerja keras. Saya pandang dari sudut positif. Saya tumpang sikit sahaja dan yang penting saya tidak meminta-minta,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem tersebut pada Sabtu.


Tambah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia juga seronok saat menjalani latihan di kem tentera, Port Dickson sebagai persiapan bagi menjayakan filem ini.

“Terus terang saya cakap, sewaktu awal-awal mendapat tawaran ini, saya berfikir panjang juga. Nak melakonkan watak askar ini pun bukan mudah dan saya juga tak nak mencacatkan filem orang.



“Adrian dan Hairul Azreen pun selalu memberikan-kata-kata semangat. Saya juga turut jalani latihan di kem askar di Port Dickson. Orang luar mungkin tak tahu, saya sebenarnya suka buat aktiviti luar ini.

“Sewaktu latihan, saya kena belajar untuk membawa APC, menembak dan mempelajari pengetahuan asas mengenai tentera. Saya langsung tak stres kerana ia pengalaman baru buat saya.

“Sepanjang 15 tahun di dalam industri, saya tak pernah terfikir pun akan membawakan watak askar. Bila dapat peluang ini, ia merupakan sesuatu yang berbeza,” akhirinya.


Filem yang mengangkat kisah benar tentang perjuangan tentera Malaysia ini telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Selain Dafi, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Hairul Azreen dan ramai lagi.


Malbatt Misi Bakara dijangkan bakal ditayangkan bersempena Bulan Kemerdekaan pada tahun hadapan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 12-9-2022 04:54 PM
makin kurus heshe..sakit ke?
Quote chep 12-9-2022 05:40 PM
Edited by chep at 12-9-2022 05:46 PM
DayangKirana: makin kurus heshe..sakit ke?

Malas nak cakap...
Quote .HannahMontana. 12-9-2022 05:52 PM
makan dadah ke dia ni
Quote surih07 12-9-2022 06:56 PM
Kurusnya dafi
Quote cikpisang 12-9-2022 06:57 PM
Umur brp dah dak dafi ni?
Quote green~tea 12-9-2022 07:03 PM
oh... mujur  lah keluar berita ni.. if not, orang pun dah lupa dia ni wujud.. aku ni duk ingat nina sabri dengan jovian tu je anak menantu pak mail
Quote Nenasketum 12-9-2022 07:05 PM
Mendadih ke lgbtq? Lain macam
Quote Suchi 12-9-2022 07:45 PM
DayangKirana replied at 12-9-2022 04:54 PM
makin kurus heshe..sakit ke?

Maybe sbb kena berlakon askar tu kot pastu mesti dia kena berlatih bagai haruslah susut gak badan iols agak jela.
Si sam tu pun dah kurus mcm remaja plak padahal aritu kemain mengembang badan dia.
Senyap2 dh kurus balik utk watak askar ni la kot.
Quote gideoncross 12-9-2022 07:57 PM
DayangKirana replied at 12-9-2022 04:54 PM
makin kurus heshe..sakit ke?

Snyuman heol dlm gmbr2 ni pun mcm trpaksa.
Quote CariMalay 12-9-2022 08:16 PM
Mana ada kurus, nampak biasa je
Quote printercomel 13-9-2022 12:19 AM
Lanc.               
Quote tobobon 13-9-2022 12:22 AM
Edited by tobobon at 13-9-2022 12:24 AM

Hellooo..bapak chuols la patut bersyukur sebab chuols la 'lucky star' dia..kalau chuols x masuk AF...sampai ke sudah bapa chuols jadi wakil rakyat sendu  saja

Berapa kerat jer yg kenal bapa dafi sebelum dafi masuk AF?
Quote maxim 13-9-2022 06:31 AM
tobobon replied at 13-9-2022 12:22 AM
Hellooo..bapak chuols la patut bersyukur sebab chuols la 'lucky star' dia..kalau chuols x masuk AF.. ...

lol seriously? harap statement ni sarcastik je
Quote miemiecha 13-9-2022 09:32 AM
bongaklah dafinaaaaaaaaaaaaa
Quote mawardia 13-9-2022 09:35 AM
Cut gula kot. Dah di ambang diabetes barangkali. Harus lah diet.
Quote pembacagosip 13-9-2022 10:05 AM
nampak kurus la dia...
Quote TomyamPuteh 13-9-2022 11:57 AM
Askar yg jambu. OK la tu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.123345 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top