CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vokal Boleh Tahan Tapi Daniel Chuer Tak Popular Sebab Syarikat Rakaman Tak Peduli

8-9-2022 12:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1201| Komen: 4|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi, Daniel Chuer mengakui cemburu apabila melihat rakan seangkatannya menempa nama dalam industri seni suara sedangkan dirinya masih berada di tempat yang sama.

Jejaka berusia 21 tahun itu mengakui hatinya terjentik melihat rakan-rakan lain dijaga penuh rapi oleh syarikat rakaman dinaunginya namun dia pula dianaktirikan.

Memetik laporan BH Online, pemilik nama sebenar Daniel Chuer Hamasiah @ Samsudin itu nekad menamatkan kontrak dengan label dinaunginya, Aries Music lebih awal daripada tarikh sepatutnya.



"Selepas menghasilkan single tahun lalu, syarikat rakaman langsung tidak mempunyai perancangan mengembangkan kerjaya nyanyian saya.

"Setiap kali buatlive dalam media sosial, ramai peminat tanya bila mahu keluarkan single baharu. Malah, ada juga membandingkan saya dengan peserta program realiti, Big Stage lain yang sudah keluar dengan lagu baharu.

"Beberapa kali saya keluarkan teaser lagu tetapi sehingga ke hari ini tiada usaha untuk menerbitkan lagu. Saya masih muda dan banyak benda baharu yang saya mahu terokai," katanya.


Penyanyi kelahiran Tuaran, Sabah itu berkata, syarikat rakaman sepatutnya menyediakan ruang publisiti untuk artis namun perkara itu tidak berlaku.

"Selama ini orang hanya kenal saya sebagai penyanyi lagu saduran. Saya teringin dikenali dengan single sendiri.

"Saya sudah maklumkan perkara kepada pihak syarikat rakaman cuma ia belum dibuat secara rasmi. Mereka ada bertanya kenapa saya nak tinggalkan syarikat rakaman.

"Saya jelaskan alasan di sebalik keputusan di buat. Saya akan bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi label untuk membincangkan perkara ini,"katanya yang sudah setahun tidak berjumpa dengan syarikat rakaman.


Walaupun sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan seangkatan yang lain, Daniel bagaimanapun tidak menganggap pembabitannya dalam bidang seni seakan membuang masa kerana pembabitan dalam program Big Stage tetap memberikan kelebihan kepadanya.

"Nak kata buang masa, tidak sama sekali sebab saya menggunakan populariti ketika dalam Big Stage untuk menempatkan diri dalam industri walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada syarikat rakaman.

"Dulu saya muda dan banyak perkara tidak faham ketika menandatangani kontrak, sekarang saya sudah matang," katanya yang mencari syarikat rakaman baharu untuk membantu dalam urusan publisiti akan lebih terjamin. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-9-2022 02:13 PM
sebab nonok vibes awak terlalu menonjol dik, nyanyi pun lagu perempuan semua...so rocording or management company pun macam KIV dulu dik nak naikkan awak... di Malaysia ni belum open lagi artis baru nok nok... yang nonok dan bapok pun ramai artis lama yang dah keluar lemari...yang mendapat sokongan wartawan nonok... gittew...
Quote CariMalay 8-9-2022 07:09 PM
prince_marhaen: sebab nonok vibes awak terlalu ...
nonok tu apa
Quote rayna_raynes 8-9-2022 07:33 PM
prince_marhaen replied at 8-9-2022 02:13 PM
sebab nonok vibes awak terlalu menonjol dik, nyanyi pun lagu perempuan semua...so rocording or manag ...

Haelina dan Syamela pun nonok vibes kuat, tapi boleh je diterima mass.


Apa salah nyanyi lagu perempuan kalau sesuai dgn suara dia, bukan dia pakai baju perempuan macam Sapiey Lias sambil nyanyi "aku hanya seorang wanita."

Dah voice type dia pun tenor, lagi banyak ruang untuk dia explore vocal ability dia dengan nyanyi lagu perempuan


Quote prince_marhaen 9-9-2022 08:16 AM
rayna_raynes replied at 8-9-2022 07:33 PM
Haelina dan Syamela pun nonok vibes kuat, tapi boleh je diterima mass.

meols faham, syamela & haelina pun sedaya upaya sorok nok vibes they'ols masa awal-awal dulu kan, sebab takut dikecam, dah berjaya barulah keluar sisi nonok mereka...dah orang rasa unik & creative.
Maksud meols management & recording company & jugak media & netizen dalam industri sini belum terlalu open untuk push bakat, yang diorang tengok, jantan kena jantan, handsome, perempuan kena lawa, seksi, bakat no.2... so adek DC kena usaha lebih sikit cari management yang kaw-kaw boleh push bakat dia no matter how nonok he is...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.119838 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top