Seorang lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia selepas melakukan hubungan intim di sebuah bilik hotel. Kejadian berlaku di Pinrang di Sulawesi, Indonesia.
Polis Parepare, AKP Deki Marizald berkata, mangsa mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel bersama seorang wanita berusia 60 tahun selepas makan tengah hari. Jelasnya, menurut keterangan teman wanita, empat jam kemudian mangsa masuk ke bilik mandi. Mangsa tiba-tiba mengadu berasa tidak sihat sebelum rebah di dalam bilik mandi.
"Setelah melakukan aktiviti seperti suami isteri, wanita itu mengaku mangsa mengadu sesak nafas dan kemudian pengsan di bilik mandi. "Dia kemudian melaporkan mengenai perkara itu kepada petugas hotel," kata Deki. Menurut Deki, hasil pemeriksaan di hospital mendapati tiada tanda-tanda kekerasan. "Keluarga mangsa iaitu isteri dan anak mangsa menolak untuk dilakukan bedah siasat," kata Deki. - CARI Sumber" mStar/Kompas
|
Supersirap replied at 5-9-2022 10:10 AM
Jika sudah ajal, tidak kira di mana atau tengah buat apa, pasti akan berlaku
ADVERTISEMENT