CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jaga Pekan Baik-Baik Masa Saya Tiada,"-Solidariti Untuk Najib Razak Di Pekan 4 Sept

3-9-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1819| Komen: 23

“Jaga Pekan baik-baik masa saya tiada”.

Itu pesanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran pada Facebook malam tadi yang dimuat naik oleh keluarga beliau.



Berdasarkan status terbaharu itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sudah berkhidmat di kawasan tersebut kira-kira 46 tahun iaitu sejak berusia 23 tahun.

“Mereka orang kampung saya, sudah lama dengan saya. Tolong sampaikan mesej ini kepada Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mendoakan penduduk di Pekan terjaga kebajikan mereka.


“DSN (Datuk Seri Najib) mendoakan agar Pekan terus menerima khidmat bakti terbaik, dijaga kebajikannya. Sebagaimana yang diuruskan sepanjang masa ini,” katanya.



Media melaporkan, Najib akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dipetik berkata, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Sementara itu, Facebook Najib turut berkongsi penganjuran Solidariti Untuk DS Najib Razak diadakan di Dataran Pekan esok pukul 2.30 petang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-9-2022 03:24 PM
okay jib watevahhh la jib
Quote stingergrumpy 3-9-2022 03:28 PM
[youtube]GZ-TMoDiMKA[/youtube]

Nauzubillah....
Quote Belibis 3-9-2022 09:58 PM
Abis laaa orang pekan..terpaksa kerja nak beli beras lepas ni..dah berpuluh tahun tak perlu susah2 beli beras,gula,tepung.
Quote Orix 3-9-2022 10:38 PM
Booooo org Pekan. Buat malu jah undi penyamun. Hina betul jd org Pekan. Mesti kalo org tanya asal mn dari mn pehtu jwab Pekan org jwab oooo tempat penyamun
Quote airfilterkotor 3-9-2022 10:44 PM
Mudahnya dia main kontek² dgn famili tolong sampaikan pesan itu pesan ini?

Awat tak pesan skali air Stabak ikat tepi kat Yana... kan senang.
Quote airfilterkotor 3-9-2022 10:58 PM
Sesambil bersolidariti tu letak skali tin Melo kot² dapat genap angka buat bayar denda.
Quote 3chanceno 3-9-2022 11:10 PM
Solidariti untuk apa eh? Tak baca atau dengar berita luar negara ke atau pun hujah2 lawyers pasal kes nie?

Sempat kasi pesan tu ini  pada famili...sekarang terpikir, jibun betul ke duk di hotel kajang?
Quote namr 3-9-2022 11:21 PM
bahlolnya org pekan..jenis iq 2digit wakaka
Quote airfilterkotor 4-9-2022 12:00 AM
Slalu konten² dlm Fanboy (FB) Najib utk kopipes berkisar keuntongan Boustead Holdings, PH henti kerja LCS, BN tak penah henti kemajuan LCS dan sebagainya.

Sekali keluar pasal kucing kesepian la, air Stabak ikat tepi la, orang² Pekan sila behave sepeninggalan saya la.

Fanboy Najib: mati akal.
Quote ladybugz 4-9-2022 08:47 AM
ari tu ada la lalu ke pekan, namun sendu je pun tempatnya. takde yg special dari segi pembangunan atau apa2 segi pun. ape yg najib dah buat sgt selain tabur rasuah kat penduduk sana? penduduk pekan kome pikior la elok2.
Quote zidane_ziege 4-9-2022 08:50 AM
jgn risau..nnt ketua cawangan pekan yg baru akan ambik alih pekan dr keluarga jibby
Quote batu kikir 4-9-2022 09:08 AM
Edited by batu kikir at 4-9-2022 09:09 AM

Udah udah lah Najib.
Bosan dengar........macamlah bagus sangat
Dapat Pekanpun sebab bapak meninggal.  Semua main short cut......kau bukan start dari
bawahpun. Orang lain gigih nak naik.....bertanding jadi ketua cawangan, bertanding untuk jadi ketua bahagian.....
alih2 kau take over sebab kenangkan  jasa arwah bapak kau.
Quote airfilterkotor 4-9-2022 09:08 AM
Any update dari FB Najib?
Arini jam 2.30pm... harap acix² dlm bas yg singgah Putrajaya aritu dapat memeriahkan acara petang ni.
Quote stingergrumpy 4-9-2022 09:17 AM
[youtube]c0_Wcg9_ktQ[/youtube]
Quote stingergrumpy 4-9-2022 09:22 AM
zidane_ziege replied at 4-9-2022 08:50 AM
jgn risau..nnt ketua cawangan pekan yg baru akan ambik alih pekan dr keluarga jibby

Not if Yana has her way to be the next pekan mp come next PRU15
Quote zidane_ziege 5-9-2022 02:28 PM
stingergrumpy replied at 4-9-2022 09:22 AM
Not if Yana has her way to be the next pekan mp come next PRU15

Anak2 jibby ada kes lhdn..kalo menang pun payah..mudah kena attack
Quote stingergrumpy 5-9-2022 02:34 PM
zidane_ziege replied at 5-9-2022 02:28 PM
Anak2 jibby ada kes lhdn..kalo menang pun payah..mudah kena attack

Pekan has been Jiboon stronghold for the last few decades…and with the rally of empathy towards him now I don’t see how either of his two kids with kaka pinky, Yana or nizar cannot stand any chance if they decide to contest….
Quote zidane_ziege 5-9-2022 04:36 PM
stingergrumpy replied at 5-9-2022 02:34 PM
Pekan has been Jiboon stronghold for the last few decades…and with the rally of empathy towards h ...

ye..sbb tu la pekan akan jadi sasaran jerung2 umno..kawasan mudah menang..

elok KJ bertanding kat sini..x payah rebut2 dgn mat asan
Quote stingergrumpy 5-9-2022 04:40 PM
zidane_ziege replied at 5-9-2022 04:36 PM
ye..sbb tu la pekan akan jadi sasaran jerung2 umno..kawasan mudah menang..

elok KJ bertanding k ...

Penduduk pekan akan bantah depan istana....kj antara yg tak see eye to eye dgn Najibon....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.115138 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top