CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: 7 orang naik satu motor, Selamba Semua Tak Pakai Topi Keleder

3-9-2022 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 931| Komen: 7

NEW DELHI – Sebuah rakaman video  memaparkan tujuh anggota sebuah keluarga menaiki sebuah motosikal menjadi perdebatan netizen yang mempunyai pendapat berbeza mengenai situasi tersebut, lapor stesen penyiaran NDTV.


Video yang dimuat naik oleh pegawai tempatan,  Supriya Sahu di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil anak dan isterinya berusaha untuk membonceng kenderaan sama.

Rakaman turut mendedahkan kesemua individu tidak memakai topi keledar.

Foto: Twitter

“Tiada kata-kata untuk situasi ini,” tulis pegawai itu dalam kapsyen.

Video itu meraih lebih 1.2 juta tontonan di Twitter dan menimbulkan pelbagai respons daripada pengguna.

Ramai yang  berkata bahawa keluarga itu membahayakan nyawa mereka dengan melanggar peraturan lalu lintas. Namun sebilangan lagi berpendapat mereka terpaksa berbuat demikian kerana kemiskinan.



“Pemilik atau penunggang motosikal itu perlu ditangkap dan lesen memandu harus dibatalkan kerana membahayakan diri dan orang lain,” tulis seorang pengguna.

“Ini bukan perkara melucukan. Kedaifan hidup memaksa mereka bersesak di atas sebuah motosikal kecil, semoga kehidupan akan menjadi lebih baik untuk keluarga ini,” tulis seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-9-2022 03:24 PM
kemiskinan boleh buat orang jadi kreatif. contohnya beginilah
Quote ekselen 3-9-2022 04:07 PM
pernah tgk kat thailand..5 org naik motor x pakai helmet and almost semua penunggang situ mmg x pakai helmet..yg pakai cuma pelancong2 je
Quote dua_chzy 3-9-2022 04:10 PM
Semua anaknya perempuan pula itu.
Quote Meiizu 3-9-2022 04:35 PM
Risau moto besi lerai satu2
Quote CariMalay 4-9-2022 12:55 AM
Bahaya betul la
Quote Supersirap 4-9-2022 12:16 PM
Semoga pakcik tersebut diberikan rezeki yang luas bagi memberikan kemudahan yang terbaik buat keluarganya
Quote any42 4-9-2022 12:39 PM
bab kselamatan mmg out trus tp kesian jgk dgn org kurang kmmpuan mcm ni. risau tgk kot kain msuk dlm tyar/ rntai motor.   hebat cmna tah bwk motor mmpu balance berat pmbonceng rmai cmtu. huhu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.198085 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top