'Kehilangan' pelakon veteran, Kazar Saisi pada malam tayangan perdana Abang Long Fadil 3 menjadi tanda tanya memandangkan dia adalah salah seorang pelakon dalam filem berkenaan.
Pengarah filem itu, Syafiq Yusof menyifatkan ketiadaan Kazar adalah kerana pelakon itu enggan mencetuskan sebarang kontroversi meskipun jemputan sudah dibuat lebih awal. "Pihak kami sudah menghantar jemputan. Pada saya beliau sangat bertimbang rasa kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi sekirang hadir ke acara ini. "Terpulang kepadanya dan saya menghormati keputusan yang dibuat untuk tidak terlibat dalam tayangan perdanan ini," katanya.
Syafiq ditemui selepas tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan pada malam Jumaat lalu. Ketiadaan Kazar dipercayai kerana enggan mengeruhkan keadaan rentetan isu anak perempuannya, Ira Kazar yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengarah Syamsul Yusof. Dalam pada itu, Syafiq berkata, pemilihan Kazar sebagai salah seorang pelakon filem berkenaan adalah kerana kredibiliti aktor tersebut yang mampu memberikan elemen komedi dalam filem terbaharunya itu. Tidak mengetahui secara mendalam kontroversi yang melanda, Syafiq berkata, sebagai pengarah dia bersikap profesional dan tidak mencampur-adukkan masalah peribadi yang sedang berlaku. "Penggambaran filem ini dijalankan pada 2019 dan ketika itu belum timbul sebarang kontroversi seperti sedang diperkatakan ketika ini. "Kazar seorang pelakon yang profesional. Bukan sahaja mempunyai elemen komedi tetapi boleh melakukan babak aksi. Saya pilih dirinya kerana ciri-ciri itu selain Kazar masih aktif dalam industri," katanya. Sumber: mStar
|
jalfa replied at 28-8-2022 01:59 PM
Eloklah..nanti wartawan serbu dia..tanya pasal anak dia..bukan pasal filem...kesian lizzy nanti pena ...
ReginaGeorge replied at 28-8-2022 03:08 PM
Seorang ayah yang DAYUS dan anak yang TIADA HARGA DIRI.
ReginaGeorge replied at 28-8-2022 03:08 PM
Seorang ayah yang DAYUS dan anak yang TIADA HARGA DIRI.
ADVERTISEMENT