CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Dedah Rahsia Rumah Tangga Bahagia- "Penting Air Tangan Isteri, Kesusahan Sediakan Makanan Allah Pandang"

28-8-2022 03:36 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 24782| Komen: 249|Original author: Saiful

Description: Neelofa baru-baru ini berkongsi tentang ilmu yang perlu diterapkan dalam diri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Neelofa baru-baru ini berkongsi tentang ilmu yang perlu diterapkan dalam diri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Kata Lofa, dia hanya memahami erti sebenar perkahwinan selepas berkahwin dengan suaminya, Haris Ismail.

Foto: IG

"Ini salah satu turning point ataupun kesedaran saya yang besar tentang perkahwinan dan jodoh. Sebenarnya, dulu kalau orang tanya saya nasihat sebelum berkahwin, saya tiada jawapan sebab tak tahu nak pesan apa.

Sekarang bila kita faham apa itu perkahwinan, apa itu kehidupan selepas akad saya ada satu pesanan untuk semua,"katanya menerusi sebuah video.




Neelofa juga berpesan kepada mana-mana pasangan supaya mendalami ilmu rumah tangga.

Tambahnya,  suami dan isteri perlu ambil tahu tentang peranan masing-masing supaya rumah tangga kekal harmoni.



"Belajarlah ilmu rumah tangga, tentang hak-hak seorang isteri dan juga suami. Kalau tak faham tentang ilmu perkahwinan, erti sebenar dalam tanggungjawab sebagai suami isteri, maka banyaklah kesusahan, kepayahan dan cabaran yang kita kena tanggung.

"Sebab kalau isteri tak tahu apa yang kita kena buat dalam rumah tangga, dan suami sebagai ketua keluarga tak main peranan, perkara tersebut akan terpesong jauh.

"Secara ringkasnya, tanggungjawab suami adalah untuk mencari nafkah dan menanggung keluarga dari segi menyediakan rumah, makanan, pakaian dan sebagainya.



Percayalah, bila kita mengikut segala saranan dan panduan yang agama sediakan, kesejahteraan, sakinah, ketenangan, kehormatan dan keberkatan akan turun dalam keluarga.

Walaupun suami bukan cari rezeki yang mencecah jutaan ringgit tetapi kalau rezeki itu halal dan berkat, itu sudah mencukupi. Allah akan bagi kebahagiaan."

Malah Neelofa juga menekankan kepentingan air tangan isteri.



"Isteri yang sepatutnya sediakan makanan atas meja. Orang zaman sekarang kan fikir memasak bukan lagi keutamaan sebab boleh beli atas talian.

Percayalah, usaha dan kesusahan kita untuk belajar dan menyediakan makanan untuk keluarga, itu Allah pandang."

Wah berguna sungguh tips Neelofa tak gitu? Mohon amalkan ya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 28-8-2022 03:41 PM
baru kawin sehari dua dh bertips2... ke hati aku hitam sgt sampaikan pertikai pesanan baik dia
Quote slyfynx 28-8-2022 03:43 PM
X tau la yang x reti insof ni Lobenak atau Sepul
Quote ezacbee 28-8-2022 03:45 PM
Awal lagi nak bagi tips...
Quote princessmiang 28-8-2022 04:23 PM
Adik billie otw ke tewww
Quote jihyomelly 28-8-2022 04:27 PM
thn ni tahun celebrate anniversary jubilee gangsa ke perak ke emas? nampak sgt dah kawin berpuluh tahun sampai mampu bagi tips bagai
Quote Cokoro 28-8-2022 04:34 PM
Awal sgt nk bg tips2 ni
Quote SisLena 28-8-2022 04:38 PM
Edited by SisLena at 28-8-2022 04:44 PM

Hekleh br stahun kawen dh bg nasihat. Mmg kena gelak dengan artis2 yg berpuluh tahun kawen..jauh lagi perjalanan ko jah.

Ayat2 jah ni hasil dr brainwash dr si bini
1. Syukur dgn laki yg x kaya
2. Masak sbb air tangan isteri bagus

Semuanya utk tutup seme kelemahan laki yg xboleh mewahkan isteri. Issokay jah. That's the price you have to pay berbini muda. Ko kan dh puas kaya. Duk hotel under water yg berbelas ribu satu malam. Hebat bini jah sbb boleh buat jjah content dgn kehidupan yg marhain ini. Semoga jiwa jah x meronta2 suatu hr nanti.
Quote codenamedream 28-8-2022 04:40 PM
Jah pandai masak ke?  [em:24:][em:24:]
Quote iluma 28-8-2022 04:41 PM
aku rasa dia mengandung la.tgk pakai jubah putih kt ig benak dia nampak baby bump
Quote nicolebaby 28-8-2022 04:49 PM
omg omg she unlocked world biggest marriage secret
Quote sweetyroses 28-8-2022 04:56 PM
Jah patut share tips ni dengan kakak² dan sedara mara dy dulu tau
Quote sweetyroses 28-8-2022 04:57 PM
Jah macam nak tunjuk dy isteri mithali. Dengar cakap suami bla bla bla. Tapi orang still nampak jah ni dominant. Acane tu jah?
Quote Makcikmunah 28-8-2022 04:59 PM
Nasib kau ler berlakikan jantan dna leluhur bani yenna, allah cuma pandang kalau bini berlengas ketiak kat dapur demi nak penuhi tembolok si laki, kalu bini takdan nak masak sbb sibuk, sbb tak larat, sbb anak meragam allah tak pandang yer kalau korang beli tapau atau order online...dengar tuh!
Quote Piramida 28-8-2022 05:01 PM
Hebat dan terpaling kannn...  
Tinggi betul pengalaman dan ilmu rumah tangga dia walaupun dibesarkan dlm sskjp yg kawin cerai kawin cerai berkali2...   
Walaupun baru berumah tangga tak sampai 2... 3 tahun?  
Quote shernazz 28-8-2022 05:43 PM
Tinggi ilmu dan banyak.oengalaman mcm.tingginya kondo dia
Dan banyaknya kedai2.di depan rumah dia
Quote Piramida 28-8-2022 05:44 PM
Bila nak ke tanah ereb mendalami bahasa ereb?
Canang tak habis habis habuk ntah mana.
Quote wirazam 28-8-2022 06:31 PM
Cantik dan pandai cakap lofa ni
Quote missyL 28-8-2022 06:38 PM
Thank u jah
Quote Hoola 28-8-2022 06:38 PM
Hebakkkkkkkkk hebakkkkkkk

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056408 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top