CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Dunia Dah Nak Kiamat Tak Yah Beli Rumah, Sewa Je'

23-8-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4476| Komen: 43

Perbelanjaan rumah adalah paling besar terutama bagi mereka yang sudah berkahwin kerana ia melibatkan komitmen jangka masa panjang.

Tambahan pula, jika tiada perancangan rapi daripada segi kewangan, seseorang itu berkemungkinan berhadapan dengan status bankrap.

Maka tidak hairanlah apabila beberapa individu yang pernah berkhidmat di firma guaman dan perbankan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian rumah dalam tempoh terdekat.


Gambar hiasan

Difahamkan ia juga berkait rapat dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara pada 6 Julai lalu.


Baru-baru ini seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @Shahirahzai, berkongsi pandangan tentang isu perumahan sebagai aset.

“I tengok kat TikTok, dia cakap tunang dia kerja kat law firm dan uruskan client beli rumah. Tapi apabila dia pula nak beli rumah... tunang dia cakap tak payah. Dunia dah nak kiamat, sewa saja,” ciapnya ringkas.

Kenyataan itu mungkin dilihat sebagai jenaka namun ada yang yakin ia merupakan satu peringatan untuk difikirkan sebelum membeli rumah.

Ada yang beranggapan bahawa ‘amaran’ tunang tersebut adalah kerana rumah bukanlah aset jika seseorang itu perlu membayar balik pembiayaan pinjaman untuk tempoh masa lebih 15 tahun.



Malah ada yang merasakan generasi masa kini tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang perumahan.

“Sebenarnya dia nak mengelak riba yang besar apabila beli secara instalment. Melainkan beli tunai atau menyewa... seram tengok orang beli rumah, dia punya statement bulanan 30 hingga 35 tahun. Tempoh 10 tahun pertama rupanya bayar bunga sahaja.

“Beli rumah kalau boleh letak la down payment tinggi atau bayar separuh apabila dah perlu bayar full installment supaya bulanan boleh kurang. Sekurangnya apabila terdesak tak ada susah nak cari duit bayar. Installment bila lebih daripada gaji minimum, macam mana nak cover.

“Lain orang lain caranya, tapi bagi saya yang kerja syarikat pembinaan... buat masa sekarang lebih baik sewa rumah daripada beli. Sekarang market rumah tak menentu dan kos buruh terlalu mahal serta tidak setimpal dengan design rumah.

“Setuju sebab hutang berpanjangan dan 15 tahun pertama bayar kadar faedah sahaja. High commitment, tak semua housing area market value naik bila dijual balik... I pun nak jual rumah selepas tujuh tahun kerana inflasi dan kos sara hidup yang tinggi. Nak azam zero atau bebas daripada apa-apa hutang,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga beberapa individu dari firma guaman turut meninggalkan pandangan berdasarkan kes-kes yang dikendalikan.

“Sebagai seseorang yang kerja dekat law firm, I can confirm this. Bukan nak takutkan, tapi banyak rumah kena lelong, orang muda ya. Start tahun 1993 dah ramai yang bankrap. Ada yang parents bayarkan hutang, sampai sanggup jual tanah supaya anak hidup selesa. The havoc is real.



“I pun daripada legal firm juga. Ramai orang muda beli rumah dan ramai juga orang muda yang bankrap sebab rumah,” ujar beberapa individu lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 23-8-2022 01:30 PM
Ni aku ckp kt laki aku 20ton dulu
Tp aku beli gak rumah dn 20ton skg dh dpt tuai hasil rumah , skg duk rumah kg sebijk aman damai tenteram

Nk kiamat pn silakan
Quote jas7512 23-8-2022 01:33 PM
Baik beli umah dr memgayakan kapitalis..beli yg sesuai poket...nak mati nanti blh wakaf klu rasa bg kat anak2 bercekau msg2 or bg kat anak yg plg byk berbudi tapi krg berduit
Quote uori 23-8-2022 01:39 PM
bayangkan tak beli rumah dan tiba-tiba tak kiamat?
Quote Orix 23-8-2022 01:42 PM
baik ko cakap tak payah beli rumah ko dah nak mati..... as if ko tahu ko mati bila, kiamat bila... tunang dia kerani aje kot tak pun driver utk lawyer2 dekat firm tu
Quote black_handbag 23-8-2022 01:47 PM
Edited by black_handbag at 23-8-2022 01:48 PM

bagus punya alasan. abis kalau kiamat, semua mati kot bumi pon gegak gempita. masa tu rumah pon habis tumbang terbalik. beli la rumah paling mahal, merasala duduk rumah paling mahal lps tu kalau kiamat pun, balance loan xyah bayar dah

pelik aku pemikiran begini
sama jgk dgn pemikiran bbnu, xyah sambung belajar sbb belajar pun tmbh hutang je. lps spm terus keje lagi bagus kata mereka
Quote ninja boy 23-8-2022 02:13 PM
Tuan sewa tamak haloba
Quote prettyuglybabe 23-8-2022 02:19 PM
dah semua nak sewa tak nak beli, sapa yang provide rumah sewa?
bila permintaan sewa lagi banyak dari owner, kau rasa cam mana pasaran sewa rumah..
lepas tu mengaruk sewa rumah mahal..
sudah-sudah la nak kayakan kapitalis..
rumah besar reban pun sewakan cecah ribu..
belum lagi kapitalis sublet masuk..
duduk la kau bilik besar jamban sewa 4 5 ratus..
melainkan kau penyewa dari neraka, boleh la sewa bagi deposit 2 bulan, sewa 2 bulan pastu extend 2 bulan tak bayar, kau lari..
Quote vespa_oren 23-8-2022 02:22 PM
aku dulu beli rumah teres 5tahun lps rm150k+, pastu beli rumah kedua teres 2tingkat rm150k, hmpir beli rumah ketiga teres rm150k tpi xjadi
biarpun kereta aku sekarang bayaran xsmpai 10%gaji sebulan, tapi gaji bulan2 hampir negatif tinggi kos hidup sekarang
Quote glump 23-8-2022 02:30 PM
Beli je rumah ikut kemampuan n keperluan . Beli cash atau kalau Cuba abiskan loan dlm 5 tahun .. kenapa 5 tahun,sebab ada loan rumah klau settle bawah 5 tahun kena penalty 3-5% dari jumlah loan. Lain 2 terpulang.
Dalam keadaan sekarang memang ada rumah yg lebih murah di sewakan dari byr installment housing loan.
Quote juruterra 23-8-2022 02:32 PM
vespa_oren replied at 23-8-2022 02:22 PM
aku dulu beli rumah teres 5tahun lps rm150k+, pastu beli rumah kedua teres 2tingkat rm150k, hmpir be ...

sama la kita, aku ada 2 rumah nk bayar. everymth almost -ve, kdg2 korek duit saving nk top up. nk jual mcm tak laku2/takde sapa nk beli
Quote renko 23-8-2022 02:34 PM
si beruk tu pun sibuk nk keja nk tunang kawen apahal
cakap jela dah nk kiamat
Quote epal21 23-8-2022 02:35 PM
black_handbag replied at 23-8-2022 05:47 AM
bagus punya alasan. abis kalau kiamat, semua mati kot bumi pon gegak gempita. masa tu rumah pon habi ...

Khensss uols. Dia tu pun dah kenapa bertunang? Kan dah nak kiamat. Apa gunanya bertunang? Baik couple je sampai kiat, jimat duot tak payah buat majlis, tak payah sewa rumah, tak payah beranak.
Quote rashiman 23-8-2022 02:38 PM
jika bayar sewa lebihkurang sama dengan bayar ansuran beli rumah,
lebih baik beli rumah, bayar bulan2 lama2 jadi hakmilik kita.
kalau sewa, bayar bulan2 lama2 tetap jadi milik orang lain. kita tolong bayarkan ansuran bulanan pinjaman rumah milik penyewa.
Quote Dwdrum 23-8-2022 02:50 PM
Bagus lah ada jenis begini..... Duit retirement nanti habis kan untuk bayar sewa rumah... Sedang kan beli rumah ini long term investment dan sepatutnya bebas dari commitment selepas retirement...
Quote bunnyj3lly 23-8-2022 03:03 PM
Depends juga. Kalau family, mmg elok ada rumah sendiri. Kecik ke, besar ke. Janji rumah sendiri. Kalau single mingle, selalunya depa beli untuk disewakan dan dalam masa yang sama, depa menyewa tempat lain yg sesuai dengan lokasi tempat keje dan lain-lain.

Bab harga rumah dengan design, barang rumah tu I setuju. Teruk kualiti rumah skrg. Esp yang bertingkek-tingkek tingginya tu. Bayar mahal-mahal tapi infra asyik rosak aje.
Quote ultra78 23-8-2022 03:19 PM
Kerajaan juga yang bersungguh-sungguh dalam pemilikan rumah. Developer memang akan tersenyum gembira. Tak salah jika orang menyewa,tapi menyewa terus dari kerajaan,bukan dari kapitalis. Ada negara yang buat option ini. Di sini barulah harga sewa dapat dikawal. Bina perumahan awam yang lengkap dengan sekolah dan pasaraya dalam tu.
Quote dani-rox 23-8-2022 03:22 PM
baik ko cakap: dunia dah nak kiamat takyah beli rumah, korek lubang kubur dok jah dlm tu tunggu masa nak mati.
Quote edayildiz 23-8-2022 03:24 PM
nanti xjd kiamat..umo kertu br nk membeli umah..sedih
Quote cmf_premierleag 23-8-2022 03:28 PM
Eleh cakap je la sengkek tak mampu beli rumah sendiri...harapkan duk quarters takpun menyewa je la
Nak sgt menyewa, ujung2 esok2 landlord dah mati
Tetibe anak2/waris dia nk jual rumah tu,padan muka dan melopong lah ko cari la rumah lain gak

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.321880 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top