CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Dikecam Sebab 'Koyak' Tak Diberi Keutamaan Naik Lif Walau Bawa ‘Stroller’

23-8-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4717| Komen: 68

Description: Umum tahu kita perlu memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan untuk menggunakan lif di tempat awam seperti ibu bapa yang mempunyai stroller, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang menggu ...
Umum tahu kita perlu memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan untuk menggunakan lif di tempat awam seperti ibu bapa yang mempunyai stroller, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda.


Namun, seorang bapa meluahkan rasa kesal selepas melalui pengalaman mengecewakan menggunakan lif di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.



Menerusi perkongsiannya di Twitter, lelaki itu mendakwa perlu menunggu sehingga 7 ke 8 kali lif tiba sebelum dia, isteri bersama anak mereka give up dan terus menggunakan escalator.

Katanya yang membawa stroller ketika kejadian, sebelum itu berkali-kali lif tiba, namun ia dipenuhi dengan pengunjung tetapi tiada seorang pun dikatakan mengalah meskipun nampak mereka mempunyai stroller.




Bagaimanapun, keluhan lelaki tersebut tidak digemari segelintir golongan individu di Twitter yang bertindak mengkritiknya semula.

Menerusi hantaran itu, golongan individu tersebut memberikan reaksi dan komen negatif malah ada yang turut melontarkan kata-kata yang agak kasar.




Meskipun terdapat segelintir individu yang memberikan komen tidak puas hati sebegitu, ramai netizen yang berpihak padanya dan mengakui pernah melalui pengalaman sama seperti lelaki itu.

Menurut mereka, golongan sebegini tidak memahami kerana tidak mempunyai anak.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 23-8-2022 03:03 PM
aritu aku komen pasal ni kat satu page di fb, aku kata dh tau weekend & confirm org ramai guna la carrier je..pastu mak2 terpaling hebat kondem aku kata guna carier susah kalau anak tidur, susah anak nk menyusu & mcm2 jenis susah lagi yg dorg sebut
Quote Kurex 23-8-2022 03:05 PM
Ni mesti dengar cakap dokto rapidah
Quote AbukRokok 23-8-2022 03:09 PM
mmg klcc hnya ada 1 lif tu je kt tengah2 ye
Quote cikatilia 23-8-2022 03:09 PM
ketambangkang: aritu aku komen pasal ni kat satu page di fb, aku kata dh tau weekend & confirm org ramai guna la carrier je..pastu mak2 terpaling hebat kondem aku ka ...

nak aman2 kosong dok umah aje la kan?
selesa anak tu tidor kat katil bole sofa bole celah dapor pon boleh
Quote AbukRokok 23-8-2022 03:11 PM
lpas ni buat rang undang2 akta 343
umur bawah 30 tahun atau belum ada anak didenda 1000 jika guna lif
Quote Ihateyou5 23-8-2022 03:14 PM
biolah deme nak bawak stroller pon
Quote annehuda 23-8-2022 03:15 PM
heran aku bile masa plak orang bujang ni rasa terpaling. aku rasa golongan makbapak nilah yang fefeeling terpaling sekali sebab ko ada anak. anak tantrum tengah jalan pun expect kami yang bujang ni kene paham
Quote matchstick 23-8-2022 03:16 PM
hanat btul suruh gi malakat mall
Quote Cpkay 23-8-2022 03:40 PM
iolss anak 4 ..kalau gi klcc takkan naik lift yg open view ni.. ada 3 lagi lif boleh pakai dan tak ramai orang .. kene bijak sikit bang .. jangan lurus sangat menunggu satu lif je
Quote asudau 23-8-2022 03:45 PM
dah tahu ada anak kecik, tak payah la bawa pi tempat yang sesak..zaman-zaman penyakit ni, berani ya bawak baby kat tempat sesak2..

Quote tobobon 23-8-2022 03:47 PM
jap bukan dah ada ker thread pasal lif klcc ni

jap....

scroll atas balik...aaaahhhh no wonder
Quote VespaSilbe 23-8-2022 03:55 PM
Sikit2 koyak.. sikit2 koyak.. lemah la wei.. takat dugaan lift penuh org je pun..
Quote brego 23-8-2022 03:58 PM
Edited by brego at 23-8-2022 04:02 PM

dia nak orang dalam lif tu keluar bagi dia masuk.

hari pong malam.  

siapa yang ada kecik tak payah la gatal jubo nak berjalan,
duduk rumah diam2 sampai budak tu besar boleh jalan sendiri.

sama dengan orang tua, dah tahu tak larat,
masih selera macam orang muda nak berjalan sana sini,
dok rumah diam2 berzikir ker, baca Quran ker.
buat amalan untuk ke kubor, bukan nya sibuk berjimpit di mall.

Quote mawarika 23-8-2022 04:08 PM
Yg muda pun mcm oku. Jln la jauh skit naik escalator tu. Ni nauzubillah pemalas tahap gemok mcm gajah hutan. Suka naw naik lif berhimpit2 cium ketiak org. Bg je la laluan pd ibu bpk anak kecik dgn org tua yg tak reti nak duduk rumah tu.
Quote KamikuP 23-8-2022 04:22 PM
Ntahler cuolls.. meolss yg ada anak ramai ni ok jah guna lif. Tekan 2- ats bawah. Mana yg sampai dulu meolls masuk  hahahaha
Quote prettyuglybabe 23-8-2022 04:30 PM
mak bapak dengan isu lift memang takkan habis..
orang beranak kau pun nak beranak..
klcc tu ada lagi lift kiri kanan..
tak pun lift dalam isetan..
yang peghak nak jugak naik lift tengah tu kenapa..
ke sama je pemalas tak mau berjalan gi lift lain..
Quote damsel_fiji 23-8-2022 04:31 PM
Kena ikut mcm org cina..xdenya dorg nk usung bayi merah2 gi tempat sesak..ni tak..bayi kecik merah lg dah ko usung pegi pasar malam
Quote krustykrab 23-8-2022 04:32 PM
ketambangkang replied at 23-8-2022 03:03 PM
aritu aku komen pasal ni kat satu page di fb, aku kata dh tau weekend & confirm org ramai guna la ca ...

Kalau tgk pix yg jantan ni kasi, si bini preggy tu yg duk dokong anak dia..dia buat pe? Sorong stroller penuh brg shopping
Lets say ada sorg kluar bg bini ko masuk, mesti ko pun nk himpit sekali kan
Rasa² adil ke 4-5 org kna kluar just to accommodate the whole family of yours?
Bila org tak layan, pandai pulak lipat sttoller bagak tu guna escalator je
Otak mana otak?
Quote krustykrab 23-8-2022 04:35 PM
Cpkay replied at 23-8-2022 03:40 PM
iolss anak 4 ..kalau gi klcc takkan naik lift yg open view ni.. ada 3 lagi lif boleh pakai dan tak r ...

Diaorg laki bini ni otak tertinggal kat jamban...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052909 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top