View: 3710|Reply: 43
|
'Dunia Dah Nak Kiamat Tak Yah Beli Rumah, Sewa Je'
[Copy link]
|
|
Perbelanjaan rumah adalah paling besar terutama bagi mereka yang sudah berkahwin kerana ia melibatkan komitmen jangka masa panjang.
Tambahan pula, jika tiada perancangan rapi daripada segi kewangan, seseorang itu berkemungkinan berhadapan dengan status bankrap.
Maka tidak hairanlah apabila beberapa individu yang pernah berkhidmat di firma guaman dan perbankan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian rumah dalam tempoh terdekat.
Gambar hiasan
Difahamkan ia juga berkait rapat dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara pada 6 Julai lalu.
Baru-baru ini seorang pelayar Twitter dikenali sebagai @Shahirahzai, berkongsi pandangan tentang isu perumahan sebagai aset.
“I tengok kat TikTok, dia cakap tunang dia kerja kat law firm dan uruskan client beli rumah. Tapi apabila dia pula nak beli rumah... tunang dia cakap tak payah. Dunia dah nak kiamat, sewa saja,” ciapnya ringkas.
Kenyataan itu mungkin dilihat sebagai jenaka namun ada yang yakin ia merupakan satu peringatan untuk difikirkan sebelum membeli rumah.
Ada yang beranggapan bahawa ‘amaran’ tunang tersebut adalah kerana rumah bukanlah aset jika seseorang itu perlu membayar balik pembiayaan pinjaman untuk tempoh masa lebih 15 tahun.
Malah ada yang merasakan generasi masa kini tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang perumahan.
“Sebenarnya dia nak mengelak riba yang besar apabila beli secara instalment. Melainkan beli tunai atau menyewa... seram tengok orang beli rumah, dia punya statement bulanan 30 hingga 35 tahun. Tempoh 10 tahun pertama rupanya bayar bunga sahaja.
“Beli rumah kalau boleh letak la down payment tinggi atau bayar separuh apabila dah perlu bayar full installment supaya bulanan boleh kurang. Sekurangnya apabila terdesak tak ada susah nak cari duit bayar. Installment bila lebih daripada gaji minimum, macam mana nak cover.
“Lain orang lain caranya, tapi bagi saya yang kerja syarikat pembinaan... buat masa sekarang lebih baik sewa rumah daripada beli. Sekarang market rumah tak menentu dan kos buruh terlalu mahal serta tidak setimpal dengan design rumah.
“Setuju sebab hutang berpanjangan dan 15 tahun pertama bayar kadar faedah sahaja. High commitment, tak semua housing area market value naik bila dijual balik... I pun nak jual rumah selepas tujuh tahun kerana inflasi dan kos sara hidup yang tinggi. Nak azam zero atau bebas daripada apa-apa hutang,” ujar beberapa netizen.
Tidak kurang juga beberapa individu dari firma guaman turut meninggalkan pandangan berdasarkan kes-kes yang dikendalikan.
“Sebagai seseorang yang kerja dekat law firm, I can confirm this. Bukan nak takutkan, tapi banyak rumah kena lelong, orang muda ya. Start tahun 1993 dah ramai yang bankrap. Ada yang parents bayarkan hutang, sampai sanggup jual tanah supaya anak hidup selesa. The havoc is real.
“I pun daripada legal firm juga. Ramai orang muda beli rumah dan ramai juga orang muda yang bankrap sebab rumah,” ujar beberapa individu lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni aku ckp kt laki aku 20ton dulu
Tp aku beli gak rumah dn 20ton skg dh dpt tuai hasil rumah , skg duk rumah kg sebijk aman damai tenteram
Nk kiamat pn silakan |
|
|
|
|
|
|
|
Baik beli umah dr memgayakan kapitalis..beli yg sesuai poket...nak mati nanti blh wakaf klu rasa bg kat anak2 bercekau msg2 or bg kat anak yg plg byk berbudi tapi krg berduit |
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan tak beli rumah dan tiba-tiba tak kiamat? |
|
|
|
|
|
|
|
baik ko cakap tak payah beli rumah ko dah nak mati..... as if ko tahu ko mati bila, kiamat bila... tunang dia kerani aje kot tak pun driver utk lawyer2 dekat firm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by black_handbag at 23-8-2022 01:48 PM
bagus punya alasan. abis kalau kiamat, semua mati kot bumi pon gegak gempita. masa tu rumah pon habis tumbang terbalik. beli la rumah paling mahal, merasala duduk rumah paling mahal lps tu kalau kiamat pun, balance loan xyah bayar dah
pelik aku pemikiran begini
sama jgk dgn pemikiran bbnu, xyah sambung belajar sbb belajar pun tmbh hutang je. lps spm terus keje lagi bagus kata mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
dah semua nak sewa tak nak beli, sapa yang provide rumah sewa?
bila permintaan sewa lagi banyak dari owner, kau rasa cam mana pasaran sewa rumah..
lepas tu mengaruk sewa rumah mahal..
sudah-sudah la nak kayakan kapitalis..
rumah besar reban pun sewakan cecah ribu..
belum lagi kapitalis sublet masuk..
duduk la kau bilik besar jamban sewa 4 5 ratus..
melainkan kau penyewa dari neraka, boleh la sewa bagi deposit 2 bulan, sewa 2 bulan pastu extend 2 bulan tak bayar, kau lari..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu beli rumah teres 5tahun lps rm150k+, pastu beli rumah kedua teres 2tingkat rm150k, hmpir beli rumah ketiga teres rm150k tpi xjadi
biarpun kereta aku sekarang bayaran xsmpai 10%gaji sebulan, tapi gaji bulan2 hampir negatif tinggi kos hidup sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Beli je rumah ikut kemampuan n keperluan . Beli cash atau kalau Cuba abiskan loan dlm 5 tahun .. kenapa 5 tahun,sebab ada loan rumah klau settle bawah 5 tahun kena penalty 3-5% dari jumlah loan. Lain 2 terpulang.
Dalam keadaan sekarang memang ada rumah yg lebih murah di sewakan dari byr installment housing loan. |
|
|
|
|
|
|
|
sama la kita, aku ada 2 rumah nk bayar. everymth almost -ve, kdg2 korek duit saving nk top up. nk jual mcm tak laku2/takde sapa nk beli
|
|
|
|
|
|
|
|
si beruk tu pun sibuk nk keja nk tunang kawen apahal
cakap jela dah nk kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 23-8-2022 05:47 AM
bagus punya alasan. abis kalau kiamat, semua mati kot bumi pon gegak gempita. masa tu rumah pon habi ...
Khensss uols. Dia tu pun dah kenapa bertunang? Kan dah nak kiamat. Apa gunanya bertunang? Baik couple je sampai kiat, jimat duot tak payah buat majlis, tak payah sewa rumah, tak payah beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
jika bayar sewa lebihkurang sama dengan bayar ansuran beli rumah,
lebih baik beli rumah, bayar bulan2 lama2 jadi hakmilik kita.
kalau sewa, bayar bulan2 lama2 tetap jadi milik orang lain. kita tolong bayarkan ansuran bulanan pinjaman rumah milik penyewa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah ada jenis begini..... Duit retirement nanti habis kan untuk bayar sewa rumah... Sedang kan beli rumah ini long term investment dan sepatutnya bebas dari commitment selepas retirement... |
|
|
|
|
|
|
|
Depends juga. Kalau family, mmg elok ada rumah sendiri. Kecik ke, besar ke. Janji rumah sendiri. Kalau single mingle, selalunya depa beli untuk disewakan dan dalam masa yang sama, depa menyewa tempat lain yg sesuai dengan lokasi tempat keje dan lain-lain.
Bab harga rumah dengan design, barang rumah tu I setuju. Teruk kualiti rumah skrg. Esp yang bertingkek-tingkek tingginya tu. Bayar mahal-mahal tapi infra asyik rosak aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan juga yang bersungguh-sungguh dalam pemilikan rumah. Developer memang akan tersenyum gembira. Tak salah jika orang menyewa,tapi menyewa terus dari kerajaan,bukan dari kapitalis. Ada negara yang buat option ini. Di sini barulah harga sewa dapat dikawal. Bina perumahan awam yang lengkap dengan sekolah dan pasaraya dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
baik ko cakap: dunia dah nak kiamat takyah beli rumah, korek lubang kubur dok jah dlm tu tunggu masa nak mati. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti xjd kiamat..umo kertu br nk membeli umah..sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh cakap je la sengkek tak mampu beli rumah sendiri...harapkan duk quarters takpun menyewa je la
Nak sgt menyewa, ujung2 esok2 landlord dah mati
Tetibe anak2/waris dia nk jual rumah tu,padan muka dan melopong lah ko cari la rumah lain gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|