CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Kilang Proses Sawit Maut Sebahagian Tubuh Tersepit Rantai Mesin

23-8-2022 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1334| Komen: 3

Seorang pekerja kilang maut apabila tersepit pada rantai mesin di sebuah kilang memproses buah sawit di Jalan Genuang, di sini hari ini.

Anggota bomba dan penyelamat yang dipanggil mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat Gan Kian Beng, 57.


Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki yang tersepit pada rantai mesin di sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di Jalan Genuang, Segamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada pukul 3.18 petang.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebahagian tubuh lelaki berkenaan dalam keadaan tersepit pada rantai mesin berkenaan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika kerja menyelamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.48 petang dan dihantar ke Hospital Segamat (HDS) bagi tindakan lanjut. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-8-2022 11:11 AM
mcmn blh tersepit
time menyelamat meninggal tu
blh jd mengerang kan
mau terngiang2
Quote Artemesiaa 23-8-2022 11:16 AM
Mengerikan mau trauma rakan sekerja
Quote musangbodoh 23-8-2022 03:31 PM
kusss semangat abg bomba.....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.162826 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top