Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, 38, teruja bakal terbabit dengan projek besar yang baginya akan mengharumkan industri perfileman tanah air yang bakal diumumkan pada Sabtu ini.
Syamsul berkata ia rezeki yang tidak diduganya dalam usaha terus berjuang untuk memartabatkan industri perfileman tanah air ke peringkat antarabangsa dan dunia menerusi perbincangan dengan pembesar negeri dan pihak-pihak tertentu yang berminat. "Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan segala rahmat dan rezeki-Nya. Saya sangat teruja serta terharu apabila perjuangan untuk memartabatkan industri perfileman tanah air semakin mendapat perhatian ramai daripada pelbagai pihak termasuk, pembesar negeri.
"Semalam, saya berkesempatan menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang sedia bekerjasama dengan saya untuk mengangkat filem kita, termasuk mengangkat agama dan bangsa juga. "Beliau ada perspektifnya sendiri dalam sudut agama dan bangsa itu. Bagaimana cara membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke serata dunia. Ini satu projek yang besar dan masih dalam proses serta perbincangan. Tapi, insya Allah ke arah yang positif. Apapun, beliau sangat memberi sokongan setakat ini," katanya kepada Harian Metro.
|
rosedemon replied at 18-8-2022 11:26 AM
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi

ADVERTISEMENT