CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 16

Nak Buat Filem Baharu, Syamsul Yusof Mengadap Ali Rustam

[Copy link]
Post time 18-8-2022 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, 38, teruja bakal terbabit dengan projek besar yang baginya akan mengharumkan industri perfileman tanah air yang bakal diumumkan pada Sabtu ini.


Syamsul berkata ia rezeki yang tidak diduganya dalam usaha terus berjuang untuk memartabatkan industri perfileman tanah air ke peringkat antarabangsa dan dunia menerusi perbincangan dengan pembesar negeri dan pihak-pihak tertentu yang berminat.




Foto: IG




"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan segala rahmat dan rezeki-Nya. Saya sangat teruja serta terharu apabila perjuangan untuk memartabatkan industri perfileman tanah air semakin mendapat perhatian ramai daripada pelbagai pihak termasuk, pembesar negeri.


"Semalam, saya berkesempatan menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang sedia bekerjasama dengan saya untuk mengangkat filem kita, termasuk mengangkat agama dan bangsa juga.


"Beliau ada perspektifnya sendiri dalam sudut agama dan bangsa itu. Bagaimana cara membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke serata dunia. Ini satu projek yang besar dan masih dalam proses serta perbincangan. Tapi, insya Allah ke arah yang positif. Apapun, beliau sangat memberi sokongan setakat ini," katanya kepada Harian Metro.




  



Syamsul berkata Tun Ali juga mahu bertemu dengannya dan pasukannya lagi untuk tahu apakah langkah dan tindakan selanjutnya, termasuk apa-apa saja idea baharu yang boleh dikongsikan untuk kerjasama itu.


Terdahulu, menerusi kejayaan luar biasa dan fenomena dicetuskan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul berjaya melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu apabila karya epik sentuhannya itu berjaya mencatat kutipan 'box-office' melebihi RM96 juta untuk tayangan pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.


Jumlah kutipan itu juga, sekali gus membawa satu penanda aras baharu untuk filem Melayu apabila berjaya menyingkirkan penguasaan kutipan filem Hollywood, Avengers: Endgame yang mengumpul kutipan 'box-office' di Malaysia sebanyak RM87 juta pada 2019. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 10:13 AM | Show all posts
ok la, smart sikit. nasib sol tak bawa spek mata,kot tebal masok mengadap
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:26 AM | Show all posts
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 12:49 PM | Show all posts
rosedemon replied at 18-8-2022 11:26 AM
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi

Meols pun beranggapan begitu.. klu dia jenis tak menyabau nak keluar filem baru.. lebih2 lagi klu filem yang berkonsep sama dengan kejayaan sebelum..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:27 PM | Show all posts
filem psl ali rustam ke
ade ke yg nk tgk

psl najib la

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat PILEM pahlawan Bugis ke.....?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Uik filem ape... Sultan Mahmud mangkat dijulang ka...??? Atau filem tokJIb songlap duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 02:07 PM | Show all posts
rosedemon replied at 18-8-2022 11:26 AM
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi

Betul. sebab penonton akan letak high expectation.
And Mat Kilau hype lebih sebab kita dh lama tak de filem genre camtu. Tapi kalau asyik buat genre sama penonton pun bosan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 03:30 PM | Show all posts
rosedemon replied at 18-8-2022 11:26 AM
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi

same laa.. mula2 org blh terima. lama2 bosan la filem2 sejarah ni. buat laa filem action gempak sikit mcm korea ke hindustan ke. tak logik pn gempak wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 18-8-2022 11:26 AM
gituuu mendonia lepas mat kilau, tapi hati kecilku berkata filem lepas ni mesti tak menjadi

Jika SY buat skrg , iols pun rasa begitu. Even film fighting yg bakalan keluar ssh nk beat MK
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada politaik terlibat..bakalan kena songlap ler dana atau geran dari kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam negara tgh inflasi, ada jugak yg nak melabur dalam filem. Brp tahun agknya boleh dpt balik modal dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik mengadap bini dan anak2 dan parents dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:40 PM | Show all posts
Jauhi orang politik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:41 PM | Show all posts
Aku rasa filem yg ada kaitan dgn pelaburan ahli politik ni tak dpt tandingi filem MK. masa sol cakap nak buat filem MK masa tu filem munafik keluar masa tu aku yakin filem MK letops. keikhlasan hanya tuhan saja yang tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk melayu islam ke hulu ke hilir.. Bini sorang pun tak boleh settle.. Lemmmahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpo lah.
Letop la sampai 200 juta pun.
Ganja idokla akan tgk movie SY ni.
Melainkan kalau Hajah Neelofa dan isteri, Ustaz Haris yang jadi hero & heroin baru Ganja tengok.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.104813 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list