CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Kenang Kepayahan Didie Alias Besarkan Mereka Adik-Beradik

18-8-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7132| Komen: 68

Description: Luahan hati anak perempuan Didie Alias iaitu Diyana Redzuan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-49 aktres itu cukup menyentuh hati.
Luahan hati anak perempuan Didie Alias iaitu Diyana Redzuan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-49 aktres itu cukup menyentuh hati.

Diyana, 23, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan Didie sebagai role model buat dirinya yang menjadikan siapa dirinya hari ini.

Malah Diana memberitahu Didie sentiasa mengajarnya agar menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dan rasa kecukupan dalam kehidupan selain menghargai perkara di hadapan mata.

Foto: IG

"Selamat hari lahir yang ke-49 tahun Mummy, terima kasih kerana menjadi ibu kepada Nana. Nana tahu Mummy susah nak luahkan apa yang tersimpan dalam hati Mummy sebab Mummy selalu pendam sendiri tetapi kita sama.


"Nana sentiasa doakan Mummy murah rezeki dan berjaya dalam apa sahaja yang Mummy lakukan dalam hidup Mummy.

"Terima kasih kerana sudi menjadi role model dalam hidup Nana, turun naik dalam kehidupan Mummy banyak memberi pengajaran dalam hidup Nana untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata, tidak pernah rasa tidak mencukupi dari segi kelengkapan harian Nana," tulisnya di Instagram.



Dalam pada itu, Diyana turut meminta maaf kepada ibu tersayang sekiranya pernah melukai hati Didie selain berharap dapat menunaikan semua impiannya suatu hari nanti.

"Nana minta maaf andai pernah melukai hati Mummy atau pernah terdetik rasa tidak bersyukur dengan apa yang telah Mummy sediakan.

"Nana hanyalah anak bongsu perempuan Mummy yang cengeng. Semoga apa yang diimpikan oleh Mummy dapat ditunaikan oleh Nana suatu hari nanti.

"Happy birthday Mummy, my never ending love is for you and only you," katanya.


Selain Diyana, Didie turut dikurniakan empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan aktor Redzuan Hashim iaitu Nurdania, 29, Mohd Danial, 28, Dinie, 26 dan Danie, 24.

Didie dan Redzuan berkahwin pada 1992 namun bercerai selepas 10 tahun berkahwin.



Pelakon itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Norisham Ismail pada 8 Mei 2009 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Dayyan yang kini berusia 8 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 18-8-2022 09:57 AM
iols respect laa dgn mummy didie ni, disaat anak tgh membesau, ex asben plak wat hal. yg bagusnya, anak2 dia semua bijak n menjadi lah semua. pibeday kaka didie.
Quote Safirania 18-8-2022 11:01 AM
Teringat zaman dulu2 tengok dlm melodi dia nangis2 lepas cerai dgn ex. Kita yg tengok pun tumpang sedih.
Quote rosedemon 18-8-2022 11:25 AM
cantik didie ni zaman moda2.
Quote matjerk 18-8-2022 11:58 AM
Teringat psl prank mak dia dulu.. prank laptop hilang... dia marah+menangis.. dia kata dia kerja penat2 nak beli laptop tu....
Quote DeLuna85 18-8-2022 12:00 PM
Didie ni ada mix ke. Kadang tgk mcm minah saleh la jugak. Anak dia Ikut muka ex husband.
Quote irsa 18-8-2022 12:22 PM
Bagus acik Didie ni. Berjaya membesarkan anak5 sheols dgn menjadinya
Quote buragazz 18-8-2022 12:44 PM
X laki dia masa memuda dulu lagi bergetar cik jah tapi dah tuo ni macam pak cik gatal...
Quote sangbara2020 18-8-2022 02:41 PM
gua mn la aku tertinggal...awat xtau weyh
Quote Zeatyisaac 18-8-2022 04:05 PM
Ridzuan Hashim dulu takde anak dengan first wife dia kan? Zubaidah atau Zuraidah nama first wife Ridzuan Hashim, lupa lak. By the way, tak pasti sebelum kahwin dengan Die dulu,, Die tahu tak Ridzuan ni duda atau tak.
Quote akuMNdia 18-8-2022 04:11 PM
teringin nak tgk didie berlakon dgn xshuben.
Quote ezacbee 18-8-2022 04:15 PM
Zeatyisaac replied at 18-8-2022 04:05 PM
Ridzuan Hashim dulu takde anak dengan first wife dia kan? Zubaidah atau Zuraidah nama first wife Rid ...

1st wife xde anak sbb kawen pun xlama bercerai. Dgn didie ni lama sampai beranak 6 tp sorang meninggal. Kuat didie ni sorang2 terkontang kanting masa janda dgn anak2 kecik lagi. Xguna king tu tau buat anak je. Tau la dulu segak kemain.

Nana ni muka cam king versi pompuan. Cun gak.
Quote .HannahMontana. 18-8-2022 04:48 PM
Dia sejenis utamakan anak-anak dan ambil peduli apa keperluan anak

jadi xhairan anak-anak dia membesar xmacam bohsia bohjan

Quote Nenasketum 18-8-2022 05:04 PM
Diddy rasanya jual kuih or kerepek kat Mall seksyen 2 Shah alam for the longest time
Quote Moyangkucing 18-8-2022 05:06 PM
Sejuk hati mak baca penghargaan dari anak2... King pun biawak gak ya..?
Quote iena_jr 18-8-2022 05:17 PM
Anak2 semua tutup aurat. Alhamdulillah
Quote AWEKSAMURAI 18-8-2022 06:22 PM
Safirania replied at 18-8-2022 11:01 AM
Teringat zaman dulu2 tengok dlm melodi dia nangis2 lepas cerai dgn ex. Kita yg tengok pun tumpang se ...

Lagi sedih xde job berlakon sewa bilik je meniaga nasi lemak ....tapi xde sikit pun dia meratib duda dia bla bla bla
Quote AWEKSAMURAI 18-8-2022 06:22 PM
Moyangkucing replied at 18-8-2022 05:06 PM
Sejuk hati mak baca penghargaan dari anak2... King pun biawak gak ya..?

King sampai skrg duda kan dia tak kwen lain mybe cinta mati kat didie kot cuma tak boleh hidup jd suami isteri je
Quote AWEKSAMURAI 18-8-2022 06:25 PM
rosedemon replied at 18-8-2022 11:25 AM
cantik didie ni zaman moda2.

Ada dlu rancangan apa ntah... Rosham Nor ckp didie ni masa muda ramai nk try dia ..rosham nor pun kata dia berkenan naseb x sambar didie kalau dak menyesal dpt bini mereng hahahaa tergelak aku masa tu ... Dorang dok citer lah zaman tu terpaling mantop didie...jasmine hamid hahaha
Quote miamiot 18-8-2022 07:18 PM
Dolu2 makcik iols berkwn dgn anak sedara King ni masa Uni. Pernah pegi rmh mak king mkn2 & jumpa DD & King sblm cerai. Baik peramah DD ni , riuh rendah mulut pokpek2. Tetamu jd x segan

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.164154 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top