Seorang lelaki mengaku sudah tidak tahan dengan perangai teman wanitanya yang suka ‘mencuit’ makanan. Dia kemudiannya bertindak meninggalkan wanita itu dan menghalaunya keluar dari rumah.
Mirror UK melaporkan, lelaki yang berusia 22 tahun itu baru pertama kali bercinta dan hubungan dengan wanita tersebut belum sampai setahun. Semuanya bermula tiga bulan lepas apabila lelaki berkenaan mengajak teman wanitanya tinggal bersama sebelum mendapati dia mempunyai tabiat mencuit makanan miliknya yang dianggap sebagai merimaskan. "Biarpun dalam restoran mahal, dia akan mengambil gigitan yang pertama pada stik, ikan dan kek saya.
Apa-apa sahaja, gigitan pertama itu dia yang punya. Baginya, ianya comel, dan tidak merimaskan." Tambahnya, "Bayangkan… kek yang dipotong lapan juga dia akan cubit setiap potongan." Disebabkan itu elaki berkenaan membuat keputusan untuk membeli kotak berkunci yang diletakkan di dalam peti ais, namun hanya berfungsi untuk jangka masa yang singkat. "Saya beli kotak berkunci, dan dia naik angin. Kemudian, dia bertindak merosakkan kunci, dan menggigit semua makanan saya termasuk dua keping roti. "Saya arahkan dia kemas barang, dan keluar dari rumah. Dia panggil saya lelaki jahat kerana menjadikan dia seorang gelandangan." -CARI
|
edayildiz replied at 17-8-2022 05:28 PM
dulu ada opismate spesis gini ..kita punya mknn kita xjamah lg..dia dh sibuk nk try..i xsuka la..eve ...
asfaz replied at 17-8-2022 05:59 PM
Kawan ai pulak sejenis makanan sendiri kedekut tp kalau kita punya kemain nak rasa. Lepas tu buat ...
Semuanya bermula tiga bulan lepas apabila lelaki berkenaan mengajak teman wanitanya tinggal bersama
becir replied at 17-8-2022 06:23 PM
Ada orang peel gini kat opis yg buat kita pikir masa membesar mak bapak tak ajar manners. Opis lam ...
ADVERTISEMENT