CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6012|Reply: 91

"Gigitan Pertama Semua Dia Punya"- Suka Sangat 'Try' Makanan Orang Lain, Lelaki Halau Teman Wanita

[Copy link]
Post time 17-8-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mengaku sudah tidak tahan dengan perangai teman wanitanya yang suka ‘mencuit’ makanan.


Dia kemudiannya bertindak meninggalkan wanita itu dan menghalaunya keluar dari rumah.


Mirror UK melaporkan, lelaki yang berusia 22 tahun itu baru pertama kali bercinta dan hubungan dengan wanita tersebut belum sampai setahun.


Gambar Hiasan




Semuanya bermula tiga bulan lepas apabila lelaki berkenaan mengajak teman wanitanya tinggal bersama sebelum mendapati dia mempunyai tabiat mencuit makanan miliknya yang dianggap sebagai merimaskan.


"Biarpun dalam restoran mahal, dia akan mengambil gigitan yang pertama pada stik, ikan dan kek saya.


Apa-apa sahaja, gigitan pertama itu dia yang punya. Baginya, ianya comel, dan tidak merimaskan."


Tambahnya,  "Bayangkan… kek yang dipotong lapan juga dia akan cubit setiap potongan."


Disebabkan itu elaki berkenaan membuat keputusan untuk membeli kotak berkunci yang diletakkan di dalam peti ais, namun hanya berfungsi untuk jangka masa yang singkat.


"Saya beli kotak berkunci, dan dia naik angin. Kemudian, dia bertindak merosakkan kunci, dan menggigit semua makanan saya termasuk dua keping roti.


"Saya arahkan dia kemas barang, dan keluar dari rumah. Dia panggil saya lelaki jahat kerana menjadikan dia seorang gelandangan." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ada opismate spesis gini ..kita punya mknn kita xjamah lg..dia dh sibuk nk try..i xsuka la..even i ngn adik brdk..twin sendiri weols xde nk gedik try mknn...kecuali di offer..
pastu kn satu aritu dia dk sibuk nk try..i ckp ohh amik la semua i xnk mkn..br dia xberani dh gelojoh nk cuit mknn org
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:31 PM | Show all posts
Ramai je perangai macam tu buruk perangai kecik2 mak pak kurang bagi ajaran
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat last tu kelakor..padan muka dh jadi homeless. Ape kes kek org dh potong elok2 pun ko nk gigit semua. Lempang biar tercabut semua gigi tu baru ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 17-8-2022 05:28 PM
dulu ada opismate spesis gini ..kita punya mknn kita xjamah lg..dia dh sibuk nk try..i xsuka la..eve ...

Kawan ai pulak sejenis makanan sendiri kedekut tp kalau kita punya kemain nak rasa. Lepas tu buat macam makanan sendiri
Ai beli nasi goreng ,dia nak rasa .ai bagi la bekas nasi tu kat dia. Cili ke apa dia letak tepi pastu selamba makan bnyak. Lastnya ai tegur dia "suami aku beli utk aku,yg kau makan banyak tu knapa " (preggy masa tu kerja malam)
Dia sengih2 bagi kt ai balik. Kalau tak tegur mau hbs nasi ai dia bedal
esok tu ai buat bodoh aje bila dia tgk ai makan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:18 PM | Show all posts
Ini bercinta dengan manusia atau tikus, pe'el menggigit sikit2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 17-8-2022 05:59 PM
Kawan ai pulak sejenis makanan sendiri kedekut tp kalau kita punya kemain nak rasa. Lepas tu buat  ...

Ada orang peel gini kat opis yg buat kita pikir masa membesar mak bapak tak ajar manners. Opis lama I dulu lak ada 2 orang perangai suka berdiri tepi meja tengok I makan..so i as always tanyala "makan?" then diaorg jawab ha makan2..then continue berdiri buat kita uncomfortable
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la tak suka kalau kawan nak rasa makanan kita guna sudu dia yg dia dah pakai. Geli! Then kalau mkn pakai tgn , jgn la guna tangan kanan yg sama nak ambik lauk. Pakainla tgn kiri. Bekas2 tgn kau melekat kat sudu tu. Euww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by surfin_net82 at 17-8-2022 06:29 PM

Kat tempat keje dulu ada org lebih kurang macam ni. Dia kata dia diet. Tp time break turun jugak ke kantin, xbeli makanan. Tp dok ambik rasa dari pinggan mangkuk kawan². Dah semeja kau jamah.. diet apenya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca artikel & komen2, ramainya yg buruk perangai
Aku dgn laki sdr pun xde buat camtu
Kalau keluar mkn, masing2 mkn halfway pastu br exchange
Rasa skit pastu tukar blk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:40 PM | Show all posts
Semuanya bermula tiga bulan lepas apabila lelaki berkenaan mengajak teman wanitanya tinggal bersama

kalau malaysia ada budaya macam ni alamat lah semakin ramai andartu forever
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:07 PM | Show all posts
kepantangan aku adalah orang kacau makanan dalam pinggan aku…  kalau makan kat kedai jenis berhidang, sila amek dari pinggan lauk tu, bukan dari pinggan aku…  lagi satu yang aku menyampah, kalau makan ramai2 tapi order makanan sendiri2…  pastu sibuk la nak rasa2 makanan masing2…  erghhh…  i just want to enjoy my food hokek…
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 17-8-2022 06:23 PM
Ada orang peel gini kat opis yg buat kita pikir masa membesar mak bapak tak ajar manners. Opis lam ...

Mcm cite tiga abdul pulak. Tgu kat meja masa org makan.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik2 dgn pandemik covid19 ke? Nak merasa sana sini. Melekat2 air liur kat pinggan orang lain.


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg xsuka org mengacau mknn org. Semua teringin. Kecik2 mak pak kedekut ke xbg experience mcm2 mknn?? Lps tu jenis cuit sana sini. Geli tau. Lagi2 time covid ni. Takyah la rasa sana ni. Mungkin diaorg ni juga species xkisah kongsi laki juga. Ehh tiber. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Teringat kawan dekat ofis lama. Asal kita makan je dia datang dekat pantry. Duduk sama2 sambil tengok kita makan. Sudahnya bila kita tolak makanan dekat dia boleh pulak dia cakap 'tengok aku jugak yang kena abiskan'. Puih la. Dah ko tenung makanan aku serupa kucing. Nak makan pun tak selesa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Joey doesn't share food!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
I benci org cmni , serius meluat sgguh
I spesis penggeli , smpai skrg even dgn hubby pun x pasal2 tiba2 rasa geli share makanan , padahal hubby satu2nya manusia yg i sggup hadap la kan (faham2 la kan)

Ceritanya , masa muda2 dulu berkawan lah dgn manusia2
Pastu ada minah ni mmg jnis gedik suka rasa makanan minuman org , dan dia baru kenal i x smpat kenal lagi sifat sbenar i tu , dok la terhegeh2 minta nk rasa air tin yg i tgh minum , i pun rimas tgk cm desperate sgt minah tu dan bagi lah dia , alahai minum steguk je pastu bg semula kt i , wah i sgt marah tp i diam je , depan2 dia i buang air tin tu dalam tong sampah dan beli baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada beberapa situasi lagi , minah2 gedik spesis cmni , minta2 nak rasa sesuap nasi or apa2 makanan yg i tgh makan , x cakap banyak i terus ambik duit campak kt dorang smbil kata nah ambik duit ni p beli yg baru takpa aku belanja je smbil i buat muka meluat
Puas hati i
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 03:11 AM | Show all posts
Nasib baik lah tak pernah jumpa kawan spesis macam ni. Cuma adik beradik jelah dulu2 suka merasa-rasa makanan aku.. kalau makan kat restoran dulu dorang ajaklah beli makanan lain2 so boleh la rasa sikit2 semua. Aku memang tak boleh lah. Rasa rimas. Aku suka makan dengan tenang aman damai. Tak suka nak tukar2 pinggan tah macam apa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.507074 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list