CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Tak Akan Berlari Seumur Hidup' - Azeem Terima Lebih 10 Tawaran Lanjut Pengajian Di AS

17-8-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1305| Komen: 1

Description: Atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menerima lebih daripada 10 tawaran melanjutkan pengajian di universiti di Amerika Syarikat (AS) setakat ini.
Atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menerima lebih daripada 10 tawaran melanjutkan pengajian di universiti di Amerika Syarikat (AS) setakat ini.

Atlet kelahiran Perak berusia 18 tahun itu berkata beliau menerima tawaran itu sejurus selepas tamat beraksi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia baru-baru ini.

Beliau berkata antara tawaran yang diterimanya adalah daripada Universiti Georgia, Universiti Florida, Universiti Louisiana State dan Universiti Texas A&M selain turut menerima tawaran untuk mengembangkan kerjayanya dalam sukan olahraga daripada Universiti Houston serta Universiti Auburn. 


Foto: IG Azeem


"Saya sedang mengadakan perbincangan dan mendengar terlebih dahulu kesemua tawaran (pengajian) daripada universiti terbabit yang mana akhirnya saya, keluarga, jurulatih (Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah) serta Majlis Sukan Negara (MSN) akan membuat pilihan tepat.

"Ini bukan satu perkara yang main-main, ini untuk masa depan saya kerana sampai satu tahap saya akan berhenti dan tidak akan berlari untuk seumur hidup, jadi dengan segulung ijazah itu nanti akan menentukan kerja tetap saya selain daripada dunia sukan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima Insentif Kecemerlangan Akademik dan Sukan Negeri Perak sebanyak RM1,600 yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Azeem berkata beliau turut menerima tawaran daripada beberapa ejen dari AS dan Eropah untuk menjadikannya sebagai atlet profesional namun tawaran itu ditolak kerana berpegang kepada prinsip mahu mencapai kejayaan terlebih dahulu dalam bidang akademik.



“Satu daripada sebab saya mahu melanjutkan pengajian di AS kerana mahu menyertai kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di negara tersebut. Ada peraturan yang agak ketat untuk menyertai kejohanan itu, kita tidak boleh menjadi atlet profesional.

"Jadi, saya memang tolak tawaran itu sebab dalam tempoh belajar hendak jadi atlet sepenuh masa memang tidak boleh kerana saya perlu maintain performance (kekalkan prestasi)," katanya.

Muhammad Azeem mencipta rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) ketika aksi di Cali dengan memadam rekod lama 10.18s milik bekas jaguh pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan.

Bagaimanapun, impian untuk menaiki podium pada kejohanan itu tidak kesampaian selepas beliau menamatkan saingan acara 100m lelaki di tempat kelima pada perlumbaan 3 Ogos lepas.

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-8-2022 09:24 PM
uwow

kalau dia teruskan mindset macam ni, I tak terkejut 10-15 years later dia jadi fulltime coach or ada academy sendiri. mature and wiser than most people I've ever heard. menteri dan wakil rakyat pun tak tentu leh jawab dengan visi dan misi macam ni dek.

kudos Muhammad Azeem Mohd Fahmi, insyaallah, you'll shine brighter, gituuu

you rich and important old folks better remember his name aa, Muhammad Azeem Mohd Fahmi. sementara dia masih suci dan bersih ni.

harapnya takde artis bodo hinggap macam lalat
moga dijauhkan juga daripada gosip dan ajakan liar

dan moga burung tidak berterbangan kelak di media sosial
nanti murung. gituuu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038129 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top