CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergi Restoran Bukan Muslim Untuk Bagi Anjing Makan, Basuh Bekas Makanan Je- Pemilik Nasi Ayam Viral

17-8-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4071| Komen: 43

Pemilik Restoran Ayam dan Itik Sungai Ara menafikan tuduhan kehadiran pekerjanya ke sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai miliknya.


Menurut peniaga gerai itu, video permohonan maaf yang dimuat naik oleh mereka sudah menjelaskan tindakan mereka hanya menurunkan barang makanan itu di kedai makanan cina itu untuk membasuh bekas-bekas makanan sahaja.


Foto: Kosmo

“Kami hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.

“Salah jika anggap kami ke kedai itu untuk ambil stok makanan, semua makanan di sini kami masak, semua terdiri dari orang melayu islam sendiri, kami minta maaf timbulkan keraguan buat para pembeli terutama beragama islam,” katanya dalam video mohon maaf tersebut.

Video mohon maaf tersebut juga menimbul banyak persoalan kepada pengguna terutamanya mengenai jarak yang digunakan untuk membasuh barangan dapur yang jauh dianggap tidak masuk akal.

Menurut satu video yang dimuat naik oleh @AjoMamu di TikTok, dia mempersoalkan jarak antara Sungai Ara dan tempat membasuh barang dapur di Paya Terubong sejauh 16 Kilometer.

“Sangat tidak logik kerana banyak lagi restoran yang berdekatan yang boleh minta tolong untuk dicuci, dan juga paip pula ada di merata tempat, tiada alasan untuk berjalan jauh semata-mata untuk ke sana.

“Dalam video penjelasan itu, dia menyatakan tempat masak di Gurney perlu disiasat, dan paling penting mereka tak mungkin tidak tahu kedai di Paya Terubong itu ada jual daging babi” katanya.

Tinjauan Kosmo! di laman rasmi Facebook pekerja yang memuat naik video tersebut , dia sudah membuang semula video pengakuan itu yang telah dimuat naik dan menutup ruang komen di gambarnya juga. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote printercomel 17-8-2022 04:38 PM
Siasatan jabatan agama bgtau dua - dua kedai ni owner sama. Satu kedai pekerja Islam yang berhati keji.

Ape lagi budak2 ni nak pusing. Harap mampus cepat.
Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:00 PM
Laa kat rumah tak ada air ke nak basuh sampai kena gi kesitu
Quote ezacbee 17-8-2022 05:03 PM
Sedap sangat ke nasi ayam tu? Sampai viral dan terkantoi.
Quote anony-mous 17-8-2022 05:09 PM
Aik mana komen iols awal2 td? Org yg intip tu buat 3 hari intipan sblm dia reveal to public . Bodoh sgt alasan basuh alat2 dkt situ.
Quote minnie_mouse 17-8-2022 06:28 PM
Katanya masa di Gurney... Jual di sg ara.. Basuh di paya terubong.. 1 pulau dia pusing punya nk meniaga..
Quote Radzor 17-8-2022 07:07 PM
Dah saspek dah.. sesetengah kedai non muslim berselindung disebalik imej “muslim”
Quote Kitty_catz 17-8-2022 07:32 PM
mcm kes dekat fudcot cinapek dekat dgn opeh meols,,, letak gerai nasik lemak, nama pun melayu, yg menega acik bertudung,.. naseb bila meols tanya halal ke ni, sheols geleng2 pala yach

harus masa tu boss takde situ..
Quote FOTHER-MUCKER 17-8-2022 08:21 PM
Susah nak jumpa orang melayu pandai buat nasi ayam sedap. Kebanyakannya ayam kering dan nasi kering. Chinese nasi ayam bagus.
Quote ashilalat 17-8-2022 08:36 PM
Penang dan babi tidak dapat dipisahkan
Quote kitmal 17-8-2022 08:38 PM
ashilalat replied at 17-8-2022 08:36 PM
Penang dan babi tidak dapat dipisahkan

lucuya...ingat Penang tu orang cina dan bukan islam saja ke dok situ...grow up lah nak buat lawak pun..nampak sangat jahilnya
Quote ashilalat 17-8-2022 08:40 PM
kitmal replied at 17-8-2022 08:38 PM
lucuya...ingat Penang tu orang cina dan bukan islam saja ke dok situ...grow up lah nak buat lawak  ...

Siapa buat lawak? Ko rasa lawak ke?
Quote tasha 17-8-2022 08:44 PM
Kalau aku yg termkn nasi tu..aku pancung kepala bdk bdk tu...celaka punya pengkhianat agama
Quote kitmal 17-8-2022 09:09 PM
ashilalat replied at 17-8-2022 08:40 PM
Siapa buat lawak? Ko rasa lawak ke?

aku rasa  lawak kau tu tak lawak..lah bro..grow up la ..jangan samakan penang dengan babi..ingat orang islam kat sana babi ke?
Quote Kurex 17-8-2022 09:10 PM
Teringin nak makan nasik ayam hasil air tangan alvin chong comel
Quote ashilalat 17-8-2022 09:11 PM
kitmal replied at 17-8-2022 09:09 PM
aku rasa  lawak kau tu tak lawak..lah bro..grow up la ..jangan samakan penang dengan babi..ingat or ...

Bila pulak aku kata umat islam kat sana babi?

Ko ni baca guna mata ke lutut?
Quote kitmal 17-8-2022 09:14 PM
ashilalat replied at 17-8-2022 09:11 PM
Bila pulak aku kata umat islam kat sana babi?

Ko ni baca guna mata ke lutut?

aku baca guna akal kau tulis guna lutut..kalau aku samakan selangor dengan arak?
Quote she 17-8-2022 09:17 PM
Korang pegi lah tengok YT
Ni dah dua benang buka topik yang sama
Kedai tu pun dah tutup
Budak2 keje tu pun dah ghaib
Semua dah terbongkar dah pun
Lemah lah reporter forum ni pongggg
Quote Nurul8001 17-8-2022 09:19 PM
Owner kedai tak salah. Pemakan tu agaknya yg terlampau husnuzon.

Ewww, lepas ni kalau ke Penang, memang idokla saya nak jejak kedai2 makan, baik yg Melayu ke bukan ke. Melayu tak semestinya practising Muslim. Lebih baik makan kepsi, mekdi, yg yaqqin halalan toyyiban.
Quote nuril86 17-8-2022 09:34 PM
Katenye kawan2 si isa isarb tu... minah yang jual ni budak tiktok...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054416 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top