Raja Azmi meluahkan rasa terkilan dengan beberapa syarikat pawagam yang nampaknya melebihkan filem dari luar berbanding filem tempatan seperti filem terbitannya, Jerangkung Dalam Almari.
Raja Azmi ketika dihubungi berkata, jumlah tayangan filem seram terbitannya itu dihadkan untuk memberi laluan kepada filem seram dari Indonesia, Pengabdi Setan. "Saya ada rasa sedikit terkilan lebih-lebih lagi apabila slot tayangan Jerangkung Dalam Almari dihadkan. Orang ramai nak menonton tayangan pada sebelah malam, tapi kebanyakannya dibatalkan dan digantikan dengan filem Pengabdi Setan. "Bukanlah saya nak minta sampai berpuluh-puluh slot, tapi kalau boleh, berikan semula slot tayangan lewat malam kepada filem kami," katanya kepada Harian Metro.
Raja Azmi juga meminta masyarakat supaya memberikan sokongan kepada filem tempatan bagi meneruskan kelangsungan tayangan di pawagam. "Saya nak sarankan, yang hanya boleh bantu adalah orang ramai, masyarakat dan peminat filem. Datanglah beramai-ramai ke pawagam dan tengok filem tempatan. "Bila pawagam dah penuh dan orang nak tengok, pihak pawagam akan beri semula ruang dan slot untuk tayangan," katanya. Terdahulu, filem Jerangkung Dalam Almari juga turut berdepan dengan aktiviti sabotaj daripada individu yang tidak dikenali di media sosial. Individu itu memuat naik tangkap layar jualan tempahan tempat duduk untuk filem Jerangkung Dalam Almari di beberapa lokasi pawagam dan menulis keterangan berbaur negatif. "Ini adalah kerja 'keyboard warrior'. Apa yang boleh saya komen, ini bukanlah benda berfaedah. Kalau tak suka sangat, tak perlulah diusik," katanya. Ditanya mengenai jumlah kutipan untuk filem arahan pengarah Shadan Hashim itu, Raja Azmi memilih untuk menyerahkan pengendaliannya kepada pihak pengedar. "Saya jenis yang sukakan elemen kejutan. Jadi, biarlah pihak pengedar yang uruskan," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
saddieaddie replied at 17-8-2022 12:07 PM
aku dah pi tengok movie ni. cerita ntah pape. bosan, sampaikan aku chiao halfway movie sbb terlalu b ...
AnnaSendin replied at 17-8-2022 10:12 PM
Filem2 acik nieyh memang flop memanjang. Harap bangga dengan anak2 sidek ajerlah.
inspektoremos21 replied at 17-8-2022 10:41 PM
Sesiapa yg rajin pergi la mintak kakmi buat balik kartun anak2 sidek tu. Buat filem semua flop & m ...
ADVERTISEMENT