CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 14

Slot Wayag Dihadkan, Raja Azmi Bengang Filem Jerangkung Dalam Almari Kena Sabotaj

[Copy link]
Post time 16-8-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Raja Azmi meluahkan rasa terkilan dengan beberapa syarikat pawagam yang nampaknya melebihkan filem dari luar berbanding filem tempatan seperti filem terbitannya, Jerangkung Dalam Almari.


Raja Azmi ketika dihubungi berkata, jumlah tayangan filem seram terbitannya itu dihadkan untuk memberi laluan kepada filem seram dari Indonesia, Pengabdi Setan.


Foto: Harian Metro




"Saya ada rasa sedikit terkilan lebih-lebih lagi apabila slot tayangan Jerangkung Dalam Almari dihadkan. Orang ramai nak menonton tayangan pada sebelah malam, tapi kebanyakannya dibatalkan dan digantikan dengan filem Pengabdi Setan.


"Bukanlah saya nak minta sampai berpuluh-puluh slot, tapi kalau boleh, berikan semula slot tayangan lewat malam kepada filem kami," katanya kepada Harian Metro.


Raja Azmi juga meminta masyarakat supaya memberikan sokongan kepada filem tempatan bagi meneruskan kelangsungan tayangan di pawagam.


"Saya nak sarankan, yang hanya boleh bantu adalah orang ramai, masyarakat dan peminat filem. Datanglah beramai-ramai ke pawagam dan tengok filem tempatan.


"Bila pawagam dah penuh dan orang nak tengok, pihak pawagam akan beri semula ruang dan slot untuk tayangan," katanya.


Terdahulu, filem Jerangkung Dalam Almari juga turut berdepan dengan aktiviti sabotaj daripada individu yang tidak dikenali di media sosial.


Individu itu memuat naik tangkap layar jualan tempahan tempat duduk untuk filem Jerangkung Dalam Almari di beberapa lokasi pawagam dan menulis keterangan berbaur negatif.


"Ini adalah kerja 'keyboard warrior'. Apa yang boleh saya komen, ini bukanlah benda berfaedah. Kalau tak suka sangat, tak perlulah diusik," katanya.


Ditanya mengenai jumlah kutipan untuk filem arahan pengarah Shadan Hashim itu, Raja Azmi memilih untuk menyerahkan pengendaliannya kepada pihak pengedar.


"Saya jenis yang sukakan elemen kejutan. Jadi, biarlah pihak pengedar yang uruskan," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu kata lepas 4hari dah rm1juta kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. Ingatkan sebab kurang sambutan.  Hihiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Menda nenek ni merapu. Pawagam tak sewenang kurangkan slot utk sesuatu filem jika sambutan masih baik. Ada formula dia, brp2 persen panggung kosong takde penonton baru pawagam blh kurangkan slot dan bagi laluan utk filem lain yg lebih dpt sambutan. Syok sendiri betul, sambutan dah la sendu, ada hati lak nak pilih2 slot tayangan waktu yg dia nak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:37 AM | Show all posts
week 1 = bukak sepuluh slot = orang boleh dibilang jari
ko ghaser pawagam running on air hujan jatuh dari langit?
vodo la nenek ni
btw sheols kan suka buat mobie dengan suntik adegan luch2
so takde adegan spender gulung dalam ni nak di upkan supaya netijen mai tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:22 AM | Show all posts
Tengok tajuk pun tak menarik orang untuk pergi tengok, kau ghase cukup ker dengan bermodalkan mat kilau jur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 12:07 PM | Show all posts
aku dah pi tengok movie ni. cerita ntah pape. bosan, sampaikan aku chiao halfway movie sbb terlalu bosan and ntah pape. buang duit je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ingat lagi masa anak meols kecik, nak tengok filem katun Ribbit si Johan RL tu. Sekali meols berdua je dgn anak. Tunggu punya tunggu, lepan setengah jam, wayang belum tayang. Selepas amukan puaka meols, maka theyols pasang wayang tersebut. Berani sungguh lah masa tu, kalau sekarang agaknya, mintak refund sajalah, takut hantu jembalang tengok wayang sama2.
Utk acik Raja Azmi, kalau yg menonton pun boleh kira pakai jari, haruslah dihentikan saja tayangannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
saddieaddie replied at 17-8-2022 12:07 PM
aku dah pi tengok movie ni. cerita ntah pape. bosan, sampaikan aku chiao halfway movie sbb terlalu b ...

Kesian uols. Kita ni mmg klau boleh nk sokong pilem tempatan, tp byk kali terkono. Dgn statement RA ni yakin filem dia best, patut lah wayang remove slot mlm dia. Patutnya henti terus tayangan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:04 PM | Show all posts
Kalau slot sikit tu pun, penontonnya pun sikit jugak, mana maunya pihak pawagam tu nak buka slot banyak-banyak. Aiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem2 acik nieyh memang flop memanjang. Harap bangga dengan anak2 sidek ajerlah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 17-8-2022 10:12 PM
Filem2 acik nieyh memang flop memanjang. Harap bangga dengan anak2 sidek ajerlah.

Sesiapa yg rajin pergi la mintak kakmi buat balik kartun anak2 sidek tu. Buat filem semua flop & merapu jah. Tak boleh lupa filem anu dalam botol kicap tu adoii
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
inspektoremos21 replied at 17-8-2022 10:41 PM
Sesiapa yg rajin pergi la mintak kakmi buat balik kartun anak2 sidek tu. Buat filem semua flop & m ...

Iols rasa boleyh jur jalan lagi anak2 sidek tuew, buat kartun ala2 3d pon tape. Generasi zaman now nak tengok. Lagi satu acik nieyh kena cari material filem yang berpekdah sikit. Jangan asyik tajuk kontroversi yang tahapabenda, hazab naw bunyinya. Haruslah diwhoareyousskan ummah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 04:25 PM | Show all posts
Cubalah akak ni pergi sendiri ke pangggung waktu siaran filem ni. Tak kira pagi petang ke malam. Tengok sendiri sambutan penonton macam mana. Kalau ramai penonton, logiklah juga aduan tu tapi kalau sendu. macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul sesangat!! Tayangan filem melayu kekadang merapu je pihak panggung bagi, Tu belum kira ada pawagam yg kalau filem melayu je dia bagi kat hall kecik dan xcantik kedudukan kerusi dia... Kalau filem Hollywood bukan mainnnn... Hall besar walaupun yg tgk dua tiga je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.295732 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list