CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluar Dating Bukan Main Kacak, Dalam Rumah Pengotor- Pinggan, Kuali Tak Basuh Dua Bulan Sampai Berulat

16-8-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3268| Komen: 32

Penyewa yang mengutamakan kebersihan sangat penting dalam memastikan keselesaan dan keharmonian hidup di rumah sewa.

Siapa yang tak tertekan jika terpaksa tinggal bersama rakan serumah yang pemalas dan pengotor.

Namun, begitulah 'azab' yang terpaksa ditanggung seorang jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Izzat,19, apabila terpaksa berdepan situasi malang ini di rumah sewanya di Taman Pagoh Jaya 3, Johor, ketika menetap bersama 13 penyewa lain.

Menurut Izzat, keadaan ini yang berlaku sejak dia belajar di semester pertama membuatkan dirinya berang dan tidak teragak-agak mencampak pinggan-pinggan yang tidak dicuci ke luar rumah.



"Video tu dah lama saya ambil. Dari semester satu lagi housemate susah nak cuci pinggan sendiri selepas mereka makan. Saya dah banyak kali tegur sebelum ni.

"Biasanya, sebelum dan selepas makan memang muka sama je yang ke sinki untuk bersihkan dapur dan cuci pinggan padahal kami makan sama-sama.

"Pernah satu hari tu kuali bekas masak mi segera mereka tak basuh selepas guna. Sisa kotoran ditinggalkan terlalu lama sampai berulat. Saya malas nak tegur banyak kali jadi saya terus campak ke luar tingkap. Masa tu mereka semua dekat tingkat atas," ujarnya.

Imbas Izzat yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Johor, paling menjijikkan apabila kuali dibiarkan tidak dicuci selama dua bulan.



Dia yang kini berada di semester tiga pengajian dalam jurusan Jurutera Petrokimia berkata, sinki pada ketika itu menjadi berkeladak dengan sisa makanan sehingga mengeluarkan bau busuk di dapur rumah.

"Pernah dulu paling lama mereka biar tak basuh kuali sampai dua bulan. Saya dan beberapa rakan yang tak tahan dengan keadaan ini terus buang kuali tu dalam plastik sampah.

"Selalunya saya yang akan buang sampah, tapi ada juga hari rakan serumah yang pembersih tolong buang. Semua penyewa dalam rumah ni student sama macam saya tapi hanya lima orang sahaja 'pembersih'. Yang lain memang semua pengotor.

"Ada kes sebelum ni sampai lipas masuk dalam kabinet dapur. Bila ada haiwan perosak ni maksudnya rumah tu kotor. Dapur tu dah jadi macam sarang lipas. Mula-mula menyewa dulu saya rajin bersihkan, tapi lama kelamaan jadi malas sebab esoknya akan berselerak semula," katanya.

Berikutan perkongsian Izzat di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman menyewa dengan rakan serumah yang pengotor di ruangan komen.

"Kalau saya cuma basuh pinggan yang saya pakai saja. Pertama kali okay nak tolong tapi lama-lama ambil kesempatan pula dekat kita.

"Saya akan buat perkara sama. Pernah sekali saya letak periuk mi segera depan pintu bekas rakan serumah. Dia tergesa-gesa nak pergi dating. Sekali pang! (bunyi periuk kena sepak)," komen beberapa netizen.

Menurut Izzat, dia bagaimanapun sudah keluar dan tidak lagi menyewa di rumah tersebut sejak awal Ogos.

Penyewa lain yang Izzat anggap sebagai 'pembersih' turut mencari rumah sewa baharu kerana tidak tahan berdepan dengan situasi sama.

"Macam kapsyen saya tulis tu, bolehlah... mereka masing-masing memang ada rupa.

"Tapi apa yang boleh saya katakan adalah, hidup perlu ada common sense. Biar tak handsome asalkan pembersih!

"Saya post video tu saja-saja tapi tak sangka pula viral sampai macam ni. Rupanya ramai ada pengalaman sama macam saya. Lepas post video tu mereka (housemate) tak ada cakap apa-apa lagi pada saya," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 16-8-2022 11:40 AM
buduh..sindrom cinderella.
kalau aku dah aku lempor buang semua benda kotor tak de sapa nak basuh
hasilnya tiada pinggan mangkuk dan kuali lagi.
semua tapau or makan luar je
Quote airmineral 16-8-2022 11:49 AM
patutnya lempar atas tpt tido drg atau masuk je dlm beg skola drg tu
Quote monreyes 16-8-2022 01:02 PM
kalau dah pemalas sangat kau bayar lah kawan yg rajin tu doploh hengget ke sebulan setiap sorang...budak lelaki mmg lah pemalas..aku g umah sewa anak aku rasa nak pitam..elok2 duduk dgn abang2 pembersih..mengada nak duduk kwn2 sebaya..kebetulan satu hari tu dia tinggal sorang...aku ngan laki tlg kemas dan bersihkan...
Quote supernaturalee 16-8-2022 01:07 PM
mn bukti rupe jejaka kachak tu


Quote mojarean_X 16-8-2022 01:09 PM
Nk tgk housemate kacak tu. Kacak sgt ke?
Quote Artemesiaa 16-8-2022 01:10 PM
Mana-mana negara ada je species macam tu
Quote shernazz 16-8-2022 01:12 PM
Iols dolu masa study..ada sewa.bilik dgn cikgu2..depa.bilik.lain.lah...
Masa masuk.tu. helok.sangat
Tibe2 kat bilik.air berlumut..
Dapur kecah gila..
Mak.iols.ckp..dah bayo dah dok.je sementara..
Nnt kita.cari.kat tmpt.lain...
Iols.dok kejap je..sebulan pung beberapa hari je dalam.rumah tu...

Mangkuk busuk periuk busuk...habisntinggal.bawah sinki..

Iols.rela.makan kat kedai dari dok rumah tu...
Iols jelah yang menyental bilik.air tu..
Minggu depan balik situ..kotor balik..

Cenggini.lah..muka.cung..tp...haruuuuuuu
Quote chandrahusin 16-8-2022 01:17 PM
Aku tengok yg pengotor2 ni lah yg selalu cepat ada jodoh
Quote prettyuglybabe 16-8-2022 01:33 PM
sewa sumbat sampai 13 orang pun dah red flag..
tak suai i dok ramai-ramai tu..
Quote jejaka_hensem 16-8-2022 01:37 PM
Jejaka hensem bukan camtu ye.tiber
Quote lattehazelnut 16-8-2022 01:38 PM
chandrahusin replied at 16-8-2022 01:17 PM
Aku tengok yg pengotor2 ni lah yg selalu cepat ada jodoh

Sbb xleh berdikari..
Species ni jugak beranak ramai tp bini yg cari duit, bini kemas rumah, bini jaga anak dsb..
Dia besarkan telur je sambil carik scandal or bini ke2..
Quote TomyamPuteh 16-8-2022 01:41 PM
Pengalaman aku lain sikit la. Kakak ipar aku blk berpantang kt kg. Tinggal la abg aku sensorg. Dia call aku suruh dtg kemas umah. Ya hampoooon.Dgn kain baju plus pinggan mangkuk bersepah tak berbasuh. Aku kemas kain baju dulu. Setiap seluar dia aku seluk ada duit. Lps sudah masuk dlm mesin basuh, aku tnya abg aku. Duit yg dlm seluar nk dak? Dia kata ambik je la. Upah ko. Rasa cm nk melompat smpai ke syiling. Ada la dlm 480 duit tu.Aku kata kt dia nnti call la lagi klau nk kemas umah
Quote Racurve 16-8-2022 03:06 PM
jejaka_hensem replied at 16-8-2022 05:37 AM
Jejaka hensem bukan camtu ye.tiber

betul ker hensem? meh gambar setepek
Quote ina_na 16-8-2022 03:15 PM
chandrahusin replied at 16-8-2022 01:17 PM
Aku tengok yg pengotor2 ni lah yg selalu cepat ada jodoh

Pelik kan..laki perempuan pulak tu..aku pernah p rumah seorg kawan..sblm ni x tau dia pengotor..msk kumain sedap..sekali p rumah putus trs selera makan aku..pengotor nye ya ampun..kat sini tu..paip sinki tu pun berlumut2.. sinki x bersental..pinggan mangkuk jgn ckp la merata yg kotor..lps p rumah dia br aku tau knp suami dia cerai gan dia..pengotor benau ko..blm lg toilet dia.. x leh nk ckp pe .. bl sembang2 dia citer dl semua bekas suami dia yg bt..dia masak je..skrg ni kalo dia msk pe2 aku x mkn pun.. geli
Quote supernaturalee 16-8-2022 03:24 PM
jejaka_hensem replied at 16-8-2022 01:37 PM
Jejaka hensem bukan camtu ye.tiber

gambar tanpa filter sbg bukti
Quote black_handbag 16-8-2022 03:34 PM
penah dok rumah sewa dulu zaman baru start keje. dok flat je, tingkat 4 xde lif. rumah ada 3 bilik, serumah dgn 3 budak sabah, 1 budak trg, 1 budak kelantan. kawan yg dok situ ajak dok sekali dgn dia, so aku onla. sblm masuk mmg tak de tgk rumah dulu ke apa, pindah sbb kawan ajak dok sebilik je. memula pindah mmg terkejut sbb toilet berlumut hijau tebal. diorang selamba je sbb masing2 pakai selipar kat toilet. aku pantang toilet kotor. mmg jenis xleh tgk toilet kotor, akula menyental. sampai putih bersih lantai toilet semua lumut tu aku sental. 2 bulan rasa tahan dok situ, lps tu aku pindah. kotor ya amat. kat dapur siap ada taik tikus. kawan aku tu selamba masak2. siap mntk duit brg dapur konon nak masak utk aku. aku ckp dgn keadaan dapur gitu xnak aku masak. haha. mmg hr2 aku beli bungkus je. dapur pun aku xmasuk. wiken gi jalan2. balik keje dah tgh malam utk tido je. wei aku xleh dok serumah dgn org pengotor wei. nti aku tertekan. lps tu pindah dok condo 1 bilik sorang. yg tu best tuan rumah bersih, kawan bersih. tp sewa mahal la pulak rm450 ke sebilik. tp hati senangla sbb bersih dan semua high end
Quote cutieslilies 16-8-2022 03:37 PM
zaman aku pun ada jer yang camni.. jenas tak basuh sampai 3 bln.. bilik air direndamnya baju dlm baldi sampai tengik baunya..kuali bersidai dlm sinki..

memula aku rajin jugaklaa basuh kuali2 tu.. makin lama makin menjadi pulak..mmg berbulu jaa

lastnya..aku beli bungkus ja..malas ambik tau... weekend aku balik umah mak aku..kadang2 jumaat abis kelas aku chow dah..pengotor yahamat...baik pompuan baik lelaki... tapi bila dating...perrgghhhhhh
Quote kechikchomel 16-8-2022 03:43 PM
TomyamPuteh replied at 16-8-2022 01:41 PM
Pengalaman aku lain sikit la. Kakak ipar aku blk berpantang kt kg. Tinggal la abg aku sensorg. Dia c ...

uolss bagitau dia tak amount duit yg uolss jumpa tu?

Quote ninja boy 16-8-2022 03:54 PM
Edited by ninja boy at 16-8-2022 04:39 PM

Sumbat 13 org serumah serupa duduk kandang penggunaan toilet yard dapur secara optimum, x pernah kering toilet dapur baju berlambak sidai yard. Rumah kongsi bangla jauh lebih selesa taw 2 org sebilik  

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top