CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diikat Pada Badan, Terpaksa Bonceng Mayat Di Tengah Hutan

16-8-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3052| Komen: 29

Pasukan paramedik terpaksa membawa mayat seorang lelaki ke hospital dengan mengikatnya di belakang badan mereka, sambil menunggang motosikal.

Ini kerana tiada cara lain untuk membawa mayat tersebut keluar dari tengah hutan.

Pekerja kecemasan, Montree Phiewphong dan abangnya Apichart membawa mayat seorang penduduk kampung, Leuang Chodkasem, 73, selepas dia rebah ketika memetik buah-buahan di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lalu.

Foto: Viral Press

Adik beradik tersebut bergilir-gilir mengikat mayat lelaki itu pada belakang badan mereka dan menunggang motosikal, melalui kawasan terpencil di hutan Taman Negara Thap Lan.


Laluan itu tidak boleh diakses oleh trak pikap.

Menerusi satu klip video, menunjukkan mayat tersebut ditutupi dengan kain putih dan diikat pada salah seorang daripada mereka.

Mengulas lanjut, Montree berkata: "Ini adalah satu-satunya cara untuk membawa mayat keluar dari lokasi kejadian.

Foto: Viral Press

"Laluan terlalu sempit untuk kereta, jadi kami perlu mengikatnya dengan selamat di belakang motosikal kami," katanya.

Leuang dilaporkan berjalan jauh ke dalam hutan pada 13 Ogos lalu untuk mencari beberapa buah untuk dituai.

Bagaimanapun menurut anak lelakinya, Leuang tidak pulang ke rumah sejak itu.

Satu operasi mencari Leuang sehingga menemukan lelaki itu sudah tidak bernyawa berada di bawah sebatang pokok pada 14 Ogos.

Pihak berkuasa dipanggil untuk membantu membawa keluar mayat tetapi terbukti sukar kerana lokasi kejadian terletak lebih 30 minit dari rumah terdekat.

Maka Montree dan Apichart terpaksa membawa mayat dengan memboncengnya menggunakan motosikal.

Mayat Leuang dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 16-8-2022 09:58 AM
bangsa siam ni memang kental
Quote mamajawie 16-8-2022 10:32 AM
siam perut hijau bak kata arwah kaka sarah..agitchuuuu lama sheollss menghilang terus dpat gelaran arwah yachhh
Quote KamikuP 16-8-2022 10:42 AM
Inilah dia pemilik sebenar Hantu Bonceng
Quote elzy 16-8-2022 10:56 AM
Wujud hantu bonceng di siang hari..
Quote tri-max 16-8-2022 10:59 AM
takutnya, sekali dia 'mempocong' kat tgh hutan tu acaner
sib baik selamat smpi ke luar jalan, klu tak boleh buat cerita hantu bonceng 3.0
zizang ... khidmat mung diperlukan lagi
Quote Nizleen86 16-8-2022 11:10 AM
Toleh belakang tengok hilang. Rupanya ada kat depan mata. Acanerrr
Quote Kurex 16-8-2022 11:25 AM
mamajawie replied at 16-8-2022 10:32 AM
siam perut hijau bak kata arwah kaka sarah..agitchuuuu lama sheollss menghilang terus dpat gelaran a ...

Ntah2 betul2 dah arwoh
Quote mamajawie 16-8-2022 11:29 AM

tu kena la forumer belah utagha sana gi cek betul2 ke da arwah..

Quote encikWawad 16-8-2022 11:32 AM
bungkus camtu ingt citer seram thai yang ada 4 citer dalam satu mvie tu
entah apa namanya
muka pelakon yang jadi hantu tu macam natasha hudsn
Quote sekngucing 16-8-2022 11:35 AM
ifanonline replied at 16-8-2022 09:58 AM
bangsa siam ni memang kental

sokong negeri2 utara kembali kpd siam.dan keluar dari malaysia yg serba lembik
Quote airmineral 16-8-2022 11:44 AM
adoiii relax je dia bawa camtu[em:9:]
Quote Kurex 16-8-2022 11:50 AM
encikWawad replied at 16-8-2022 11:32 AM
bungkus camtu ingt citer seram thai yang ada 4 citer dalam satu mvie tu
entah apa namanya
muka pelak ...

Movie fobia. Hantu dalam kapal terbang tu
Quote encikWawad 16-8-2022 11:57 AM
Kurex replied at 16-8-2022 11:50 AM
Movie fobia. Hantu dalam kapal terbang tu

that one paling seram. dalam flight tu. rasa cam hopeless breathless bila tgk
4bia. ok nak g cari balik movie ni
Quote AshkieLa 16-8-2022 12:25 PM
rare betul. sempat juga bonceng motor walaupun dah mati...
org lain yg dah tak bernyawa semua naik van/keta mayat je/ambulans jer...
Quote valkries 16-8-2022 12:37 PM
662px-DS_019.jpg

Teringat Hideo Kojima punya game..Death Stranding
Quote Artemesiaa 16-8-2022 12:55 PM
Mau juga mereka gigih bawa kespital tak ler main tanam macam tu je
Quote Nurul8001 16-8-2022 01:11 PM
Ada satu movie, pubah rahtree flower of the night, mcm ni ler. Seram
Quote Nnoor2 16-8-2022 02:05 PM
Nk takut apa kat mayat. Bukan hantu pun
Quote syamzana 16-8-2022 02:10 PM
dah tua2 gigih lagi kutip buah hutan nun. mujur la jmp mayatnya

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.101711 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top