Pesta muzik dikenali sebagai Medusa Festival di Valencia, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bertukar tragedi apabila ribut dan angin kencang melanda tapak pesta berkenaan.
Berdasarkan laporan Reuters, kejadian itu menyebabkan seorang pengunjung maut manakala 32 orang lagi cedera dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Keadaan huru-hara selepas tapak festival dilanda angin kencang
Salah seorang pemuzik, DJ Miguel Serna menceritakan pengalaman ngeri ketika berdepan detik tidak diduga itu.
"Kejadian itu berlaku ketika saya pada sesi akhir persembahan di pentas utama.
"Kawasan bawah bahagian pengunjung terjejas teruk. Ia sangat menakutkan dan saya masih terkejut.
"Ia berlaku sangat pantas tetapi tempoh beberapa minit itu cukup menengangkan. Saya tidak pernah mengalami tragedi seperti ini," katanya.
DJ Miguel Serna
Insiden tersebut menyebabkan pihak pengajur mengeluarkan maklumkan pihak mereka terpaksa membatalkan sesi dan baki hari festival demi keselamatan semua pihak. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My