CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belakang Badan Merah Pekerja Kilang Dipukul Majikan

14-8-2022 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1769| Komen: 10

Polis sedang mengesan individu dalam video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kilang di Seremban dipukul majikannya.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


Tangkap layar vodeo menunjukkan belakang badan seorang lelaki yang merah dipercayai akibat dipukul

"Untuk makluman tiada laporan polis diterima sehingga sekarang dan sekiranya ada apa-apa info terkini akan dimaklumkan perkembangan lanjut," katanya.

Pada Sabtu, tiga video tular di media sosial yang dua daripadanya menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan alat dipercayai kayu.

Video ketigaberdurasi 16 saat pula memaparkan keadaan belakang badan seorang lelaki yang merah dipercayai akibat dipukul berserta keterangan pada video 'aksi bos pukul pekerja di kilang di Senawang'.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang meminta kejadian itu dilaporkan kepada polis.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 14-8-2022 11:51 PM
alamak aku keje kilang kt senawang dulu
ni kilang maneee
Quote Omai 15-8-2022 11:01 AM
BINAAWE nye main pukul pukul
Quote Triple_8 15-8-2022 11:04 AM
Ini baru perhambaan moden.
"Hamba cukup-cukup makan saja," sudah.
"Hamba diseksa oleh tuan yang tidak puas hati," pun sudah.
Quote esbok 15-8-2022 11:38 AM
serem, teringat pulak budaya kooria, bos kau marah lepuk kepala tu benda biasa. balik togok ayor
Quote ezacbee 15-8-2022 11:44 AM
Best pukul orang xmelawan. Bos ko mesti penat dok pukul orang je. Mental.
Quote white_musk 15-8-2022 11:44 AM
Akak percaya sekali bahawasanya majikan itu jika pulang ke rumah mesti takut bini
Quote Skuau 15-8-2022 11:59 AM
kalo warga asing jgn layan aduan drng...dh drng NAK..sb orng tempatan pemalas...amik ko la..dh ko keja rajin..kena pukul pon rajin...
Quote s@s@ 15-8-2022 12:16 PM
kesian.... bukan takat kena pukul, leher pun kena rantai macam anjing
Quote Artemesiaa 15-8-2022 02:20 PM
Apa kesalahan yang sampai pukul macam tu
Quote batmana 15-8-2022 02:27 PM
bos pprt ni, income mgkin bwh juta2 aja

klu bos kayangan cm bill gates dlu tk pnah pkul org, tapi income billion2..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051162 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top