Sebuah video yang dimuat naik Andi Bernadee di Instagram miliknya mencuri perhatian netizen yang bimbang dengan keadaannya.
Menerusi video itu, kelihatan Andi berbaring di atas pengusung dan matanya kelihatan agak lesu. Malah, terdapat beberapa tompokan warna merah dan kesan lebam di mukanya selain kepalanya berbalut. Video yang dimuat naik tersebut tidak dijelaskan oleh Andi. Dia hanya memuat naik video tanpa sebarang kapsyen. Melihat di ruangan komen, segelintir netizen bertanyakan mengenai keadaan Andi dan ada juga yang mempersoalkan adakah video tersebut hanyalah lokanan dan tompokan merah yang terdapat dimukanya hanyalah ‘make up’
Rata-rata yang prihatin dengan keadaan Andi, menunggu jawapan daripadanya mengenai insiden yang berlaku. Netizen juga mendoakan agar apa yang ditunjukkan oleh Andi hanyalah sekadar lakonan semata-mata dan mendoakan agar Andi sentiasa dalam keadaan yang selamat. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT