CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Teringin, Maya Karin Nak Jadi 'Mahsuri' Syamsul Yusof

13-8-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13703| Komen: 236

Description: Teruja dengan kejayaan kutipan pecah panggung filem berbentuk sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Maya Karin menzahirkan hasrat untuk menterjemah watak legenda, Mahsuri ke layar perak.
Teruja dengan kejayaan kutipan pecah panggung filem berbentuk sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Maya Karin menzahirkan hasrat untuk menterjemah watak legenda, Mahsuri ke layar perak.


Pemilik nama Maya Karin Roelcke itu berkata, dia sememangnya sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut.


IG Maya

“Kalau ada mana-mana produser yang sudi terjemahkan kisah Mahsuri dalam bentuk filem atau mungkin saya kena buat sendiri (ketawa).

“Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan.


“So many layers (banyak lapisan cerita), betul tak betul termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pernah berlakon di bawah arahan sutradara hebat, Syamsul Yusof yang mempunyai sentuhan magis selepas filem arahan sutradara itu kini sudah berjaya mencecah kutipan RM96 juta, Maya, 43, tidak teragak-agak memetik nama lelaki itu untuk menterjemahkan hasratnya melihat Mahsur difilemkan.

“Saya minta Syamsul buatlah. Dengan duit (untung) Mat Kilau, kita buat Mahsuri pula (tertawa),” ujarnya berseloroh.


IG Maya

Untuk rekod, kisah legenda Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan. Yang pertama adalah pada tahun 1959 dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna ditulis oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pada 1989, sebuah lagi filem berjudul Sumpahan Mahsuri diarahkan oleh Allahryaham Jamil Sulong telah diterbitkan yang menyaksikan Norlida Ahmad memainkan peranan sebagai Mahsuri dan Yusof Wahab sebagai Kelana. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 13-8-2022 04:06 PM
Kenapa dua² filem mahsuri sebelom ni x pernah tengok pon kat tv? Ke ada tayang, kita x perasan. Filem lama yg slalu tayang kebanyakan nya filem p ramlee je.
Quote jas7512 13-8-2022 04:06 PM
Mahsuri ni hanya utk dia je...bkn pejuangkan hak wanita ke bamgsa ke apa...i xde rasa kagum kat mahsuri...klu tun fatimah tu ada juga rasa kagum..berkorban diri utk negara...yg tu lg ok
Quote Acikgomen 13-8-2022 04:09 PM
jas7512 replied at 13-8-2022 04:06 PM
Mahsuri ni hanya utk dia je...bkn pejuangkan hak wanita ke bamgsa ke apa...i xde rasa kagum kat mahs ...

Mahsuri, embun, cuma antara wanita teraniaya di zaman dulu. Depa bukan pejuang
Quote cm_vungtau 13-8-2022 04:09 PM
Macam agak tua untuk jadi Mahsuri. Mahsuri patutnya muda rasanya
Quote dudaberhias 13-8-2022 04:09 PM
iols approve yach kaka Maya jadi mahsuri... sheols ada complete package... lakonan dia pun bagus, kaka faz pun iols approve, tapi kaka faz dah bertudung jadi payah sikit la.

Cumanya kak Maya kena prepare banyak2 sebelum jayakan watak... kena sental ketiak pakai berus dawai periuk dulu... lepastu wax atau clean shave... kalau ada kesan2 jugak... kikis2 dulu ketiak pakai grinder...
Quote capwayang 13-8-2022 04:10 PM
..you're too old to be Mahsuri. Sebagai narrator keturunan Mahsuri untuk filem itu mungkin sesuai la..
Quote che-cikL 13-8-2022 04:17 PM
Dah lambat 20 tahun.
Quote Madel 13-8-2022 04:21 PM
Ah!..tak payah
Nko tu bercakap dah la pelat.
Mahsuri tu berwajah desa nan permai, nko tu berdarah jerman n terlalu tua
Quote anony-mous 13-8-2022 04:26 PM
dudaberhias replied at 13-8-2022 04:09 PM
iols approve yach kaka Maya jadi mahsuri... sheols ada complete package... lakonan dia pun bagus, ka ...

Sheols dah kerepot dah kaka utk jd mahsuri. Jd mak mahsuri sesuai la. I xtgk ombak rindu sbb geli dgn watak maya jd izzah.
Quote makcun14 13-8-2022 04:27 PM
Dulu pun sheols berlakon pontianak rasa tak kena sebab muka sheols nampak sungguh mix matsaleh sedangkan watak tu perempuan melayu tulen orang kampung
Quote dudaberhias 13-8-2022 04:28 PM
anony-mous replied at 13-8-2022 04:26 PM
Sheols dah kerepot dah kaka utk jd mahsuri. Jd mak mahsuri sesuai la. I xtgk ombak rindu sbb geli  ...

ooo... tapi tu la iols nengok gambar lakaran mahsuri pun tak cantik pun heshe tu yang iols ingat sesuai je kak maya jadi mahsuri...
mahsuri kan tercantik kat pulau tu jah...  

tu pun gigih ramai dok klem mereka keturunan mahsuri... entah apa la yang theyols dapat duk klem sebahagian dari keturunan mahsuri?
nak tuntut rumah papan? beras terbakar? sawah padi? air perigi?
Quote Nnoor2 13-8-2022 04:32 PM
Edited by Nnoor2 at 13-8-2022 05:03 PM

X sesuai dah....dah tua...mahsuri kena watak perempuan cantik yg muda dan yg penting lakonan x kayu
Quote wolfheart 13-8-2022 04:42 PM
Tak payahlah. Maya dah tua. Berlakon pun bukan best sgt. Dgn intonasi peliknya, pelatnya, mata asyik terbeliak je. SY cariklah heroin² lain pulak.
Quote ReginaGeorge 13-8-2022 04:51 PM
cm_vungtau replied at 13-8-2022 08:09 AM
Macam agak tua untuk jadi Mahsuri. Mahsuri patutnya muda rasanya

Kahkahkahak
Quote emera 13-8-2022 05:02 PM
Maya ni muka tua… tak sesuai.
Quote per706 13-8-2022 05:08 PM
Org laen lee,nk melayu pure
Quote 3chanceno 13-8-2022 05:18 PM
Madel replied at 13-8-2022 04:21 PM
Ah!..tak payah
Nko tu bercakap dah la pelat.
Mahsuri tu berwajah desa nan permai, nko tu ber ...

Ya ampun...meols gelak baca komen uols yang padat & tepat
Quote cicicumel 13-8-2022 05:23 PM
Mahsuri warga emas layak la kot. X nak la aku tgk. Tgk she dlm Munafik 2 pon ketara gila tua nya.. Turn off je heroine tua mcm tgk PGL puteri rebutan andartu.
Quote umbut 13-8-2022 05:27 PM
Edited by umbut at 13-8-2022 05:31 PM

Eeewww... dia ni dah kertu, dah x lawa lah.. last tgk film munafik.. kertu sungguh.

Pastu berlakon suka besar2 kan mata. Muka pun cam acik2 kepam camner ler jadi heroin. Kalo zaman ponti tu muda lagi ler..

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055614 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top