Pelakon Indonesia, Luna Maya mendedahkan dirinya masih diselubungi rasa menyesal selepas berlaku curang dalam hubungan cinta bersama bekas teman lelakinya, suatu ketika dahulu.
Luna berkata, susulan kejadian tersebut, dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu dalam mana-mana perhubungan kerana tidak sanggup menanggung rasa bersalah. “Ya, saya juga pernah curang. Itu cerita lama sebenarnya. Tetapi, kerana kejadian itu, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak sesekali berlaku curang dengan sesiapa pun. “Saya tidak suka rasa bersalah. Apatah lagi, itu boleh dijadikan senjata oleh bakal teman lelaki sekiranya saya melakukan kesilapan,” katanya.
Luna berkata demikian dalam satu video temu bual bersama pelawak solo Indonesia, Pandji Pragiwaksono yang dimuat naik di YouTube, baru-baru ini. Pelakon Suzanna: Bernafas Dalam Kubur ini juga berpendapat, adalah lebih baik jika seseorang berlaku curang terhadap dirinya daripada dia sendiri yang melakukan kesilapan itu. “Tak apa-apa kalau anda curangi saya. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya tidak ada rasa bersalah,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT