CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 986|Reply: 4

Luna Maya Rela Dicurangi Daripada Dibebani Rasa Bersalah

  [Copy link]
Post time 12-8-2022 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Indonesia, Luna Maya mendedahkan dirinya masih diselubungi rasa menyesal selepas berlaku curang dalam hubungan cinta bersama bekas teman lelakinya, suatu ketika dahulu.


Luna berkata, susulan kejadian tersebut, dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu dalam mana-mana perhubungan kerana tidak sanggup menanggung rasa bersalah.




IG Luna




“Ya, saya juga pernah curang. Itu cerita lama sebenarnya. Tetapi, kerana kejadian itu, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak sesekali berlaku curang dengan sesiapa pun.


“Saya tidak suka rasa bersalah. Apatah lagi, itu boleh dijadikan senjata oleh bakal teman lelaki sekiranya saya melakukan kesilapan,” katanya.


Luna berkata demikian dalam satu video temu bual bersama pelawak solo Indonesia, Pandji Pragiwaksono yang dimuat naik di YouTube, baru-baru ini.




IG Luna




Pelakon Suzanna: Bernafas Dalam Kubur ini juga berpendapat, adalah lebih baik jika seseorang berlaku curang terhadap dirinya daripada dia sendiri yang melakukan kesilapan itu.


“Tak apa-apa kalau anda curangi saya. Tak apa. Sekurang-kurangnya saya tidak ada rasa bersalah,” katanya.









Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau berckp, nmpk nau bimbo nye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:43 AM | Show all posts
i wonder sheol cureng dgn sape lahh dlu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 10:12 AM | Show all posts
rasanya dia but muka juga...
merata dh dia pegi.. moga dpt jodoh yg dia impikan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 03:53 PM | Show all posts
curang sama saper tu buk ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063487 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list