Sebelum ini timbul khabar angin kononnya hubungan Victoria Beckham dengan menantunya iaitu Nicola Peltz tidak baik.
Cerita itu mula diperkatakan apabila ada mendakwa isteri kepada Brooklyn Beckham itu enggan memakai baju pilihan Victoria ketika hari perkahwinannya pada 9 April lalu. Menjelaskan hal tersebut, Nicola memberitahu terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis berkenaan. “Saya mahu pakai baju pilihannya, namun beberapa bulan sebelum majlis pereka tersebut tidak dapat menghasilkan rekaan tersebut. Jadi saya terpaksa memilih gaun pengantin lain.
“Dia (Victoria) tidak menghalang saya untuk pakai baju pereka lain dan saya juga tidak pernah katakan enggan menyarungkan gaun pilihan tersebut,” jelasnya. Sementara itu dalam satu temu bual bersama Variety, Brooklyn juga menjawab tentang dakwaan isteri dan ibunya tidak sekepala sejak awal mereka bertemu. “Saya tahu orang ramai selalu mahu bercakap tentang perkara itu untuk menjatuhkan orang lain. “Mereka berdua tidak ada sebarang masalah. Semuanya baik sahaja,” katanya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT