Seorang pengantin perempuan dimalukan di hadapan rakan dan keluarganya apabila pengantin lelaki mendedahkan dia curang pada hari perkahwinan mereka.
Dalam satu rakaman tular, pasangan dari China itu dijemput untuk memberi ucapan kepada tetamu di atas pentas dalam majlis yang berlangsung di wilayah Fujian, lapor Daily Star. Ketika semua penonton fokus ke arah pentas dan skrin LED besar, mereka semua dikejutkan dengan video terlampau memapakan aksi seks pengantin wanita bersama abang iparnya. Video yang dimainkan turut menunjukkan bukti tangkap layar mesej antara pengantin perempuan dengan abang iparnya.
Pengantin lelaki menjerit kepada isterinya: "Jadi kamu fikir saya tidak tahu tentang ini?" Wajah pengantin perempuan berubah merah sebelum beberapa tetamu lain bergegas ke pentas untuk memisahkan pasangan itu. Video yang dikongsi secara meluas di platform Douyin itu tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Video itu telah mencetuskan perdebatan besar di China dan sebilangan netizen memuji pengantin lelaki kerana melakukan 'balas dendam' dengan cara yang terbaik. Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 12-8-2022 12:37 PM
cing cong cheng cing cing je lebih, video marah secoet je.... apooo
Artemesiaa replied at 12-8-2022 12:28 PM
Pasti teruk rasa dimalukan macam tu silap2 bunuh diri
Belibis replied at 12-8-2022 12:45 PM
Dah tu..ko harapkan ada adegan pancut memancut ke??
prince_marhaen replied at 12-8-2022 12:37 PM
cing cong cheng cing cing je lebih, video marah secoet je.... apooo
Friska replied at 12-8-2022 02:23 PM
@CARI-MAL berita tahun 2019 didaur ulang, wartawan macam apa kamu?
Buritan replied at 12-8-2022 12:48 PM
Eloklaa lelaki tuu blahh cpt.. nanti anak pun tak tau anak sesapelaa bpknyee.. mcm kucing gelandan ...
ADVERTISEMENT