CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kantoi Jual Anak Di Pusat Beli-belah Untuk Bayar Hutang

12-8-2022 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 3

Seorang wanita ditahan cuba menjual anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan harga £4,000 (RM21,730), lapor Daily Star.

Nargiza, 36, didakwa mengiklankan anaknya dalam usaha untuk membayar hutang terkumpul dan mengatur pertemuan dengan "pembeli" di sebuah pusat beli-belah.


Foto: Alternativa movement

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut ditahan di bawah undang-undang pemerdagangan kanak-kanak Rusia selepas sukarelawan dari badan amal anti-perhambaan berjaya memerangkapnya, baru-baru ini.

Ahli Alternativa menyamar sebagai pembeli dan pergi menemui Nargiza, yang mendakwa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun "tidak kisah" dipindahkan kepada keluarga lain dengan bayaran sejumlah wang.


Jurucakap badan amal itu berkata: "Kami berharap ia adalah cerita rekaan, bahawa ini adalah gurauan bodoh seseorang atau penipuan untuk wang.

“Namun, apabila kumpulan kami bersama-sama pekerja kumpulan penyiasatan jenayah terancang keluar untuk ‘urusan’ itu, kami menyaksikan budak itu betul-betul dijual.

"Nargiza menerima wang itu dan memberikan kanak-kanak itu kepada orang yang tidak dikenalinya."

Wanita berusia 36 tahun itu telah ditahan manakala anaknya ditempatkan dalam rawatan perubatan.

Jurucakap Alternativa menambah: "Nargiza menjelaskan bahawa suaminya tidak menyukai anak sulungnya, dan mereka memutuskan untuk menjual anak itu untuk membayar hutang mereka." 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 12-8-2022 02:00 PM
Kesiannya tgk budak tu pgg tgn pompuan tu. Apa jenis menatang punya mak lahh
Quote Artemesiaa 12-8-2022 03:05 PM
Mak2 zaman now makin ramai dah tak sayang anak hanya fikir masaalah diri je
Quote gekkou 12-8-2022 08:24 PM
mesti budak tu selalu kena tengking oleh mak pak
aduhhhh kecik hati, trauma, rasa rendah diri

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.038723 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top