|
Walaupun sudah berhijrah ke Australia Oktober tahun lalu sejak menjadi buruan pihak berkuasa, namun masih ramai peminat Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Baru-baru ini, salah satu video yang dikongsikan di akaun TikTok menggunakan nama @sajat.aussie menjadi bualan netizen apabila usahawan kosmetik kontroversi itu bertanya bagaimana untuk hamil. "Korang asyik tanya aku, aku nak tanya korang pulak" Macam mana mudah nak mengandung, macam mana nak lekat? katanya.
Pertanyaan Sajat itu mengundang jawapan berbaur sindiran malah ada juga yang merasa terhibur dengan pertanyaan usahawan sensasi itu. Nur Sajat kini menetap di Canterbury, 12 km dari Sydney, New South Wales, Australia selepas berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa Malaysia, tahun lalu.
|





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048168 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.