CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Rasa Lucu Dituduh Warnakan Rambut Anak

11-8-2022 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2173| Komen: 7

Description: Emma Maembong mengambil pendekatan untuk tidak melatah apabila didakwa mewarnakan rambut anak lelakinya, Shariq Gabriel yang baru berusia dua tahun dengan warna coklat keperangan.
Emma Maembong mengambil pendekatan untuk tidak melatah apabila didakwa mewarnakan rambut anak lelakinya, Shariq Gabriel yang baru berusia dua tahun dengan warna coklat keperangan.


Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak terkesan dengan komen berkenaan kerana mengetahui kebenaran dan kesahihan di sebalik dakwaan yang dilemparkan.

Foto: IG

"Saya tidak melatah atau menjawab dakwaan itu, sebaliknya rasa lucu saja. Takkanlah saya hendak mewarnakan rambut anak saya yang masih kecil.

"Mungkin ramai tidak tahu, rambut asli saya sebenarnya berwarna sama, cuma apabila sering menukar warna dan sebagainya, tidak dapat dah warna itu.


"Kadang-kadang jika kacukan, mungkin tidak dapat pada kita tetapi turun kepada anak-anak pula. Jadi bagi saya, isu yang timbul ini bukanlah isu besar," katanya.


Emma berkata, dia juga memiliki warna rambut yang seakan-akan sama ketika remaja. Namun, warna itu sudah tidak kelihatan apabila dia mula mewarnakan rambut.

Emma berkata, Shariq memiliki warna sedemikian memandangkan ibu Emma, Yatimah Zainab adalah wanita berambut perang yang berasal dari Scotland.


Berkongsi mengenai perancangan cahaya mata, pelakon berusia 30 tahun ini berkata, dia mahu memiliki anak yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara.

"Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat. Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat," katanya.




Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Mati Pucuk yang menampilkan dia dan Shah Jaszle selaku teraju utama.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 11-8-2022 06:29 PM
Comel betul anak dia ni. Rasa mcm nak bagi nangis.
Quote namemysoul 11-8-2022 07:33 PM
Oooo...sbb rambut bdk tu terkena pantulan cahaya....penah tgk bdk2 cenggini, tp kbykkannye bile besar rambut berubah warna jadi lbh gelap....
Quote lattehazelnut 11-8-2022 07:37 PM
Lah tiap bulan nak kuar berita sama ke

https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=208895&mobile=2
Quote Cpkay 12-8-2022 09:51 AM
lucu pulak ingat bila anak dia gigit tangan adik emma tu ..
Quote makcun14 12-8-2022 02:31 PM
Helok anak sheols. Bakal Hero Malaya , that time kami acik porem pun makin kertu tapi tetap gigih jalankan tugas.
Quote AcikBuncit 13-8-2022 12:53 AM
Anak dia ni mmg trpaling comel. Lgpn adk brdk dia si emma ni plg lawa n menjadi kacukannye.. Yg len tu so so je
Quote jargon 13-8-2022 09:08 AM
Smlm aku fly gn mr shazli laki emma for the first time..heloksssss sgt tp tula taknak mnggatal dia mcm cover2 jgk cara memandang dan brcakap gn crew..suh kim slm kat emma je..laki dia baru first offcer

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.200915 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top