Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang bergelar bapa pada 22 Julai lalu memilih nama Nayla Amanda buat puteri sulungnya dan sedia berkongsi gambar si kecil itu tidak lama lagi.
Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 24, ketika ditemui berkata, dia belum lagi berkongsi foto anaknya di media sosial kerana masih terlalu awal dan Nayla pun baru berusia tiga minggu. "Usia bayi pun belum sampai sebulan lagi. Insya-Allah, saya akan berkongsi gambarnya pada masa yang sesuai. Tunggulah, dalam sedikit masa lagi. Kehadiran Nayla melengkapkan kebahagiaan saya dan isteri. "Malah, melihat isteri bertarung nyawa ketika nak melahirkan anak pun, saya berasa sedih dan amat tersentuh hati. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu," katanya kepada Harian Metro.
|
azimodin replied at 11-8-2022 06:02 PM
24434 kenapa bini ko asyik nampak tali bra merata tempat
ADVERTISEMENT