Zamani Slam mengakui tahap kesihatannya kini merosot teruk akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung yang dihidapi sejak empat tahun lalu.
Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam berkata, buat masa sekarang dia perlu memakan ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijadualkan pada awal November. “Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung saya. “Jadi saya perlukan pembedahan segera. Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan painkiller (ubat tahan sakit). Memang dah tak ada ubat lain lagi.
“Sakit pula menyerang tak kira waktu. Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang. “Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini menyerang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja,” katanya.
|
Mary_jane replied at 11-8-2022 11:41 AM
Jumpa Chris Leong tak sesuai ke? Kang patah plak tulang belulang.
Mesti terasa Nov tu lama gila ...
red_velvet replied at 11-8-2022 12:31 PM
Chris leong satu sesi caj RM3k... mIL i buat dengan heols elok la sebulan dua..lepas tu sakit lagi ...
ADVERTISEMENT