CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6257|Reply: 85

Zamani Makin Teruk, Tulang Belakang Dah Cucuk Tulang Rusuk Dan Himpit Jantung

[Copy link]
Post time 11-8-2022 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Zamani Slam mengakui tahap kesihatannya kini merosot teruk akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung yang dihidapi sejak empat tahun lalu.


Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam berkata, buat masa sekarang dia perlu memakan ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijadualkan pada awal November.


Foto: IG




“Tulang belakang dah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung saya.


“Jadi saya perlukan pembedahan segera. Sekarang ini 24 jam saya sakit dan perlu makan painkiller (ubat tahan sakit). Memang dah tak ada ubat lain lagi.


“Sakit pula menyerang tak kira waktu. Kalau kena tu, tulang rasa macam ditarik-tarik. Kadang ketika tidur pun sakit boleh datang dan menjadi kejang.


“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sakit saya ini menyerang dengan teruk. Sebab ketika itu saya duduk di rumah saja dan tak bekerja,” katanya.




  



Tambah vokalis kumpulan Slam itu lagi, pihak hospital turut memberi jaminan peluang untuk sembuh tinggi hasil pembedahan yang bakal dilakukan nanti.


“Sebelum ini saya dimaklumkan peluang untuk sembuh tak ada. Rupanya informasi itu tak tepat sama sekali.


“Selepas saya buat semua ujian imbasan, doktor maklumkan peluang nak sembuh tinggi. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal.


“Sekarang ini sudah ada dua pusat perubatan dalam senarai untuk saya buat pembedahan. Doktor kata Oktober ini dah boleh buat, cuma saya ada beberapa komitmen kerja perlu diselesaikan dulu. Jadi, insya-Allah mungkin awal November nanti,” katanya.




  



Pada masa sama, Zamani mengakui terlalu gementar dan berdebar untuk melakukan pembedahan yang dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam itu.


“Saya bukan takut nak dibedah, tapi berdebar. Kalau nak tahu pembedahan adalah pilihan terakhir saya. Sebelum ini saya dah pergi banyak tempat dan rawatan alternatif lain.




  



“Difahamkan pembedahan ini memakan masa lapan hingga 10 jam. Nak sembuh pula bergantung pada kekuatan badan saya. Kalau semuanya okey, selepas dua minggu dah boleh memandu selain perlu menjalani fisioterapi.


“Saya berharap pembedahan ini berjalan lancar dan sembuh walaupun tahu tak mungkin berjaya 100 peratus,” katanya semasa ditemui pada sidang akhbar Rhythm of Legends Live in Concert. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:01 AM | Show all posts
siannya.. sampai bengkok badan dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:02 AM | Show all posts
Semoga sembuh. Kesian tengok heols live kat Planery hall dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepatlah November...tak sabar nak tgk dia berdiri elok. Tak banyak sikit pun jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian tengok dia ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2022 10:25 AM | Show all posts
Walau aku mmg kuat mengutuk dia tapi aku kagum sbb dalam sakit-sakit camtuh (mesti sakit namati tuh) dia rajin bekerja. Harap dia punya operation dapat mengurangkan banyak kesakitan yang dialami.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkhen urusan olehNYA....dan kembali sembuh utk teruskheun sumbangan pada dunia seninya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:43 AM | Show all posts
kesiannya, semoga dipermudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:41 AM | Show all posts
Jumpa Chris Leong tak sesuai ke? Kang patah plak tulang belulang.

Mesti terasa Nov tu lama gila dengan hari2 sakit. Moga zamani cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
hope semuanya berjalan dgn lancar, abang adek get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:14 PM | Show all posts
Kesiannya kat dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la kalau sakit tu elok dapatkan 2nd, 3rd, even 4th opinion pun
Tak boleh bersandarkan pada diagnosis dr sorang doc aje
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:22 PM | Show all posts
kt youtube br ni iols tgk ada org tu based on xray tulang blkg die mcm zamani ni lah aslnya
sblm dan slps
yg slps tu helok tegak dah

hopefully operation ni blh menegakkan balik la backbone die

btw apecer wife die
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 11-8-2022 11:41 AM
Jumpa Chris Leong tak sesuai ke? Kang patah plak tulang belulang.

Mesti terasa Nov tu lama gila ...

Chris leong satu sesi caj RM3k... mIL i buat dengan heols elok la sebulan dua..lepas tu sakit lagi ... Tak serik, pergi lagi ..buat lagi..bayar lagi , tapi dah naik harga ..kalau tak salah RM3.5 k ke RM3.8k... tapi kali ni tak baik langsung..sama je....membazirrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:45 PM | Show all posts
sedih la tengok zamani sekarang.. iols doakan segala urusan zamani dipermudahkan.. diberikan kesembuhan.. amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 12:46 PM | Show all posts
kalau dia tido baring pun agaknya sakit kan.. kesian nau tgknya..
tp tak pe sora dia tetap mcm dolu2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 11-8-2022 12:31 PM
Chris leong satu sesi caj RM3k... mIL i buat dengan heols elok la sebulan dua..lepas tu sakit lagi ...

Aku tanye pd kuropraktor aku psl si chtis ni.. dia ckp kenape bayar sampai 3k.. mana ade ubat.. takat bg rm100 ke rm200 tuu ok laa.... kiro aku ni lulusan ostolia.. aku mmg tak pernah tuko kiro.. pi pisio try try laa org lain tak best
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:15 PM | Show all posts
semoga di beri kesembuhan sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:15 PM | Show all posts
dabel post...edited
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.385327 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list