Oleh Fyruz Hanna
Permohonan akhbar The Edge untuk menangguhkan penggantungan 2 penerbitannya selama 3 bulan ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.
Keputusan dibuat oleh Datuk Asmabi Mohamad.
Permohonan penggantungan tersebut ditolak atas sebab kegagalan pihak penerbitan untuk menunjukkan keadaan khas untuk penangguhan itu dibenarkan.
Hakim Asmabi juga menolak permohonan syarikat terbabit untuk penangguhan sementara penggantungan kedua-dua penerbitan itu sehingga permohonan inter-parte didengar.
Memetik laporan AstroAwani,pada 27 Julai lepas syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
The Edge Communications Sdn Bhd memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding mengikut Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri.-CARI Infonet.
sumber: Astro Awani
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|