Akibat bertarung melawan kanser selain rawatan kemoterapi sejak 12 tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu ia mula memberi kesan sampingan terhadap dirinya seperti mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit kanser sepertinya apatah lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan selain pengambilan ubat-ubatan. “Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang. “Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.
Elyana berkongsi perkara tersebut menerusi IG story miliknya dan ia dilihat seperti menjawab persoalan seorang individu yang mendakwa dirinya lupa diri selepas disahkan bebas kanser pada Disember tahun lalu. Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mendedahkan menghidap kanser limfoma sejak 2010 ketika tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017. Pada Rabu lalu, Elyana memuat naik beberapa hantaran perbualan dengan individu yang cuba memberi nasihat namun dilihat sebagai menghina dirinya. Perkara tersebut dilihat berlarutan apabila Elyana masih menerima jawapan balas pihak terbabit. “Ingatkan diam dah. Baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau mencaci, maki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat. “Zaman sekarang nasihat datang dengan pakej muslihat ke? Sehinggakan nilai nasihat itu semakin hilang,” ujarnya. Menerusi komen individu berkenaan, dia menganggap penyanyi itu leka dengan kesihatan yang dimiliki kini. “Melampau betul kau ini. Dah sihat macam ini pula perangai kau. Tidak boleh kena tegur. kau tengah suka penyakit dah hilang, mana perasan apa yang kau buat sekarang. “Orang beri nasihat, kau mencabar pula. Kalau tak boleh kena tegur jangan post apa-apa. Melampau kau ini,” dakwanya. -CARI Sumber: mStar Online
|
kotakominami replied at 6-8-2022 09:56 AM
Kalau kita ade sakit ape2 eloknye takyah bercerita dgn org....cukup keluarga dan org yg mengubat kit ...
supernaturalee replied at 6-8-2022 05:04 PM
I get it u sick
Cuma psl kanser tu dh free pun
Diamondmoney replied at 6-8-2022 05:19 PM
https://vt.tiktok.com/ZSR6tvTp6/?k=1
Gigih kan aku
Black_Punk: Kanser hilang, tudung pun hila ...
Black_Punk replied at 6-8-2022 05:23 PM
Kanser hilang, tudung pun hilang gais.. terbaru dia upload pic kat ig kepala dh togel
ADVERTISEMENT