Seorang penumpang yang mengembara dari Bali ke Australia, didenda sebanyak AS$1,874 (RM8,354) selepas gagal mengisytiharkan hidangan sarapan McDonald’s yang dibawa bersama.
Lapor CNN, denda itu dikenakan selepas dua McMuffin telur dan sosej daging serta croissant ham ditemukan dalam bagasi penumpang tersebut, ketika tiba di Lapangan Terbang Darwin, wilayah Utara Australia. Insiden itu berlaku beberapa hari selepas pihak berkuasa Australia melaksanakan peraturan biosekuriti baharu berikutan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) di Indonesia merebak ke Bali.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia, Murray Watt berkata, beberapa `barangan risiko’ yang tidak diisytiharkan termasuk makanan segera dikesan dalam beg galas penumpang oleh anjing pengesan biosekuriti bernama Zinta. “Makanan ini akan menjadi hidangan McDonald’s paling mahal yang pernah dimiliki penumpang ini. “Denda dikenakan adalah dua kali ganda daripada kos tambang penerbangan ke Bali. “Namun, saya tidak bersimpati terhadap individu enggan mematuhi peraturan biosekuriti ketat Australia. Pengesanan baru-baru ini menunjukkan anda akan ditahan jika berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan. Jelasnya, penumpang itu diberikan `notis pelanggaran 12 unit’ kerana gagal mengisytiharkan barangan berpotensi mempunyai risiko biosekuriti tinggi serta mengemukakan dokumen palsu dan mengelirukan. Menurut Watt, produk daging yang dirampas itu akan diuji untuk FMD sebelum dimusnahkan. “Australia bebas FMD dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya. Bulan lalu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia menerusi kenyataan menyatakan pengembara yang tiba dari Indonesia akan berada di bawah kawalan biosekuriti lebih ketat berikutan kemunculan FMD di Indonesia. Sumber: Utusan
|
Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia, Murray Watt berkata, beberapa `barangan risiko’ yang tidak diisytiharkan termasuk makanan segera dikesan dalam beg galas penumpang oleh anjing pengesan biosekuriti bernama Zinta.
ADVERTISEMENT